Sunday, May 4

7 Soalan Bocor Temuduga Kerajaan SPA




Anda telah lulus peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kini tiba masanya untuk pergi ke level seterusnya iaitu proses temuduga. Temuduga Kerja Kerajaan merupakan proses temuduga yang mencabar kerana ramai calon berebut untuk memasuki sektor kerajaan di saat keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Sektor kerajaan adalah stabil berbanding sektor swasta. Jadi, anda tidak sabar untuk mengetahui apakah soalan bocor itu? Ok baiklah....

Soalan Pertama dalam mana-mana proses temuduga adalah, "Sila Perkenalkan diri anda" nampak mudah tapi sangat sukar. Anda boleh bercerita selama 2 jam tanpa henti mengenai diri anda, dimana anda lahir, apakah makanan kegemaran, siapa nama kucing kesayangan anda dan lain-lain. Tapi bukan itu yang penemuduga mahukan, ceritakan serba sedikit tentang diri anda, anda tinggal di mana, status perkahwinan dan anak, sedikit latar belakang akademik dan latar belakang pekerjaan. Mudah jika anda tahu caranya. Kadangkala soalan berbunyi, "Sampai di tempat temuduga pada pukul berapa?" antara contoh soalan, pastinya penemuduga ingin mengetahui ketepatan masa anda.

Soalan Kedua Temuduga Kerja Kerajaan adalah "Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan?" "Kenapa anda hendak berhenti kerja yang anda jawat sekarang?" Jika anda tidak bersedia, agak-agak apakah jawapan anda bila ditanya soalan bocor ini? "Saya memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan kerana kerja kerajaan beri gaji yang besar dan kenaikan yang lumayan setiap tahun". Adakah anda bersetuju dengan jawapan ini? "Syarikat saya sekarang tidak berhati perut dan langsung tidak menjaga kebajikan pekerja" Yang ini mungkin jawapan orang yang tidak bersedia. Peraturan paling penting, jangan kutuk majikan anda sekarang.

Soalan ketiga "Apakah yang anda tahu mengenai jawatan yang anda pohon ini?" Pastikan anda mengetahui skop jawatan anda sebelum pergi ke proses temuduga. Jika tidak, penemuduga akan nampak seolah-olah anda tidak bersedia.

Soalan ke empat "Sila kaitkan pengalaman yang anda belajar dahulu, atau pekerjaan anda sekarang dengan pekerjaan yang anda pohon?" Pastikan anda mempunyai jawapan untuk setiap persoalan ini. Jika sekarang anda sedang bekerja di kilang, dan sedang memohon jawatan jurutera, cuba kaitkan sebanyak yang mungkin dengan jawatan yang dipohon.



Soalan ke lima "Jika kami menempatkan anda di pedalaman Sabah dan Sarawak, adakah anda masih inginkan jawatan ini?" Ini adalah teknik psikologi yang cuba dimainkan. Cuba jawab sebaiknya, jika anda tiada masalah memang sangat mudah, jika anda ada masalah, tetap jawab anda tiada masalah walau dihantar ke Afrika demi negara Malaysia yang tercinta ini. Ewahh.. Emm, katakan sahaja tiada masalah kerana setelah anda lulus temuduga, di dalam surat tawaran akan disertakan tempat bertugas, anda masih boleh menolak pada masa itu. Jangan teremosi ye. Pastikan tenang selalu.





Soalan ke enam isu semasa '"Apa yang anda faham mengenai GST dan apakah kebaikan untuk negara?" Soalan sebelah pihak, mungkin anda pembangkang tegar, atau anda penyokong kerajaan. Jika anda pembangkang tegar, jangan beremosi, cuba cari kebaikan walaupun anda tidak menyukai kerana lepas anda mendapat jawatan tersebut, anda tidak akan ditanya lagi berkenaan dengan perkara-perkara seperti itu. Bersedia dengan isu semasa ye, GST hanyalah contoh soalan sahaja.

Soalan ke tujuh "Siapakah tokoh yang paling anda hormati dan kenapa?" Sekali lagi, kerana anda ingin bekerja dalam kerajaan, tokoh tersebut hendaklah orang yang paling baik yang anda rasa dalam kerajaan.

Itulah serba sedikit contoh soalan bocor Temuduga Kerja kerajaan SPA. Banyak lagi tips dan contoh soalan kerja kerajaan yang anda boleh dapati di Ebook Tips menjawab Soalan Temuduga ini. Pastinya sangat membantu anda untuk pergi lebih jauh. Banyak soalan temuduga lainnya yang saya ambil dari ebook ini juga cara menjawabnya. Apapun selamat berjaya dalam temuduga anda.

Mungkin anda berminat dengan artikel Persediaan Wajib Temuduga Kerja Kerajaan SPA ini.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates