Monday, May 5

Download Contoh Resume Percuma


Resume memainkan peranan yang penting untuk memohon pekerjaan. Tidak ramai yang boleh menjana pendapatan sendiri atau memikirkan perniagaan selepas tamat belajar. Jadi resume untuk kerja makan gaji sama ada sektor kerajaan atau swasta amat perlu. Pastinya Contoh Resume Terhebat dapat membantu.

Contoh Resume yang baik perlulah mempunyai gambar yang bersesuaian, jika anda masih baru dalam bidang pekerjaan, gunakan gambar yang skema terutamanya lelaki. Jika anda ingin memohon jawatan pengarah atau CEO, mungkin anda boleh menggunakan gambar yang sempoi, tetapi anda bukanlah seorang Steve Jobs pengasas syarikat Apple itu. Kesilapan pemohon adalah apabila meletakkan gambar yang sempoi di resume mereka.

Kemudian memperkenalkan diri secara ringkas, tempat tinggal, status perkahwinan, bilangan anak, dan sebagainya.

Nyatakan dengan jelas objektif anda, sila nyatakan dengan jujur ye. Nyatakan objektif anda, kenapa anda ingin bekerja dalam syarikat engineering. Boleh lihat contoh resume saya sendiri di bahagian bawah.

Masukkan latar belakang akademik anda, isi yang penting sahaja. Masukkan latar belakang akademik SPM, Sijil, Diploma, Ijazah atau pun Master dan PhD. Jika anda ada double degree, masukkan sekali.

Nyatakan pengalaman kerja profesional anda. Jika fresh, nyatakan projek akhir semesta yang anda lakukan. Ataupun subjek yang anda belajar dahulu. Anda tidak perlu nyatakan pengalaman kerja part time ada sebagai casher di kedai runcit ketika memohon untuk menjadi engineer. Eheh...

Nyatakan dengan jelas additional skill yang anda ada. Boleh lihat contoh resume dibawah.

Pada bahagian reference, sila sertakan 2 orang dan pastikan anda beritahu mereka terlebih dahulu. Referee boleh jadi rakan, lecturer atau bekas bos. Kesilapan besar jika anda tidak memberitahu referee anda dan syarikat yang anda ingin pohon menalifon mereka. Habis jatuh kreadibiliti anda sebagai calon.




Apapun, saya sertakan contoh resume yang saya gunakan sendiri di bawah. Mungkin banyak soalan yang anda ingin tanyakan, tetapi ketahuilah yang contoh resume ini hanya bersesuaian dengan mereka yang ada pengalaman bekerja dan mempunyai latar belakang engineering. Kepada graduan baru, atau sesiapa sahaja, saya sangat-sangat sarankan anda memiliki ebook -> Rahsia Resume Superstar ini, harga pun amatlah berpatutan dan anda boleh perturunkan atau gunakan pada masa akan datang. Ianya pasti membantu anda untuk membuat resume terbaik. Juga boleh menjadi rujukan ketika hendak melompat syarikat pada bila-bila masa.

Apapun ini adalah Contoh Resume yang saya gunakan, ambil dan praktikkan jika bermanfaat dan ubahsuai mengikut kesesuaian. Kalau nak copy sebiji-sebiji pun silakan.

Klik untuk Download Contoh Resume Ohkerjakosong4u


Share This!


6 comments:

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates