Saturday, June 14

Panduan buat Duit dengan Kek Coklat

Kek Coklat yang sedap pun boleh buat duit. Nyam..nyam...

Mungkin anda pernah membeli kek coklat yang sedap di kedai-kedai kek. Atau memakan kek coklat semasa hari raya atau hari lahir rakan anda.


Bila anda rasa kek tersebut, jauh dalam hati, "Aku buat lagi sedap"

Ataupun, anda terus minta resepi daripada orang tersebut. "Nak belajar la buat kek coklat sedap macam ni"

Jika anda berpandangan begini, seharusnya anda mempunyai sesuatu yang tiada pada orang lain. Iaitu...

MINAT!!

Ye, anda mempunyai kecenderungan dan minat terhadapt masakan kek coklat ini. Skill dan cara memasak boleh diperbaiki, tetapi minat itu memang datang sendiri, sukar untuk memaksa diri hanya untuk minat kek coklat.

Jika begitu, anda mungkin perlu untuk pergi lebih jauh lagi, iaitu mengembangkan minat dan bakat anda dan seterusnya menjada pendapatan daripadanya.

Ramai yang hanya bermula dengan minat, dan hobi, akhirnya mula menjana pendapatan tetap setiap bulan. Dan mungkin andalah orangnya.

Bagaimana untuk bermula?

Sesuatu perlu dilakukan, mengharapkan ada yang akan memasukkan duit ke dalam akaun bank anda tanpa melakukan sebarang usaha adalah sesuatu yang mustahil. Saranan saya, mula "bereksperimen" mengkaji resepi kek coklat yang anda lakukan, nak minta pendapat orang-orang terdekat berkenaan dengan resepi anda.




Cuba promosikan kepada rakan-rakan lain dan jual pada jiran-jirang terdekat dahulu. Bagaimana untuk mengembangkan perniagaan melalui kek coklat ini mungkin disentuh dalam Ebook Menjana Pendapatan dengan Kek Coklat ini.

Anda mungkin seorang suri rumah, mungkin pekerja, tetapi tiada masalah untuk melakukan perniagaan ini sebagai kerja sampingan anda.

Apapun anda harus bermula dari sekarang. Dan cara buat kek coklat ini tidak memerlukan anda untuk mempunyai kelayakan akademik yang tinggi pun. Cukuplah minat yang mendalam dan tidak berbelah bahagi pada kek coklat.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates