Tuesday, July 19

4 Cara Memohon PTPTN Dalam 24 Jam

Pada kali ini, saya akan cuba berikan info lebih detail berkenaan dengan dengan cara memohon PTPTN secara mudah yang anda boleh lakukan secara online sahaja. Tetapi, sebelum anda mula memohon PTPTN ini, pastikan anda sudah mendapat surat tawaran untuk masuk ke IPT yang anda ingin pergi.

Apa yang anda perlu buat sebelum memohon PTPTN

Untuk permohonan PTPTN, calon perlu untuk mengetahui tarikh tutup permohonan. Bergantung kepada IPT apa yang anda dapat. Anda boleh memohon pinjaman PTPTN untuk politeknik ataupun pinjaman PTPTN untuk universiti awam atau swasta. Pinjaman PTPTN tidak terhad pada diploma ataupun degree, tetapi ada juga pinjaman PTPTN untuk post grad. Apapun, anda boleh membuat semakan permohonan tarikh tutup di laman PTPTN INI.

ptptn

Langkah-langkah untuk memohon PTPTN

Untuk membuat permohonan PTPTN ini tidaklah sesusah mana. Untuk memudahkan anda, saya akan berkongsi cara untuk membuat permohonan PTPTN dengan cara online sahaja. Ianya menjimatkan masa dan memudahkan anda untuk membuat sebarang permohonan PTPTN.

Untuk memohon pinjaman PTPTN, apa yang anda perlu ada adalah akaun SSPN-i. SSPN-i adalah Sijil Simpanan Pendidikan Nasional yang merupakan akaun wajib untuk memohon pembiayaan PTPTN ini. Yang lebih menarik, PTPTN telah memudahkan ini dan anda boleh membuka akaun SSPN-i ini secara online sahaja. KLIK SINI untuk buka akaun SSPN-i. Anda tidak perlu lagi pergi ke bank untuk membukana akaun kerana ianya boleh dilakukan secara online.

Langkah ke dua untuk memohon pembiayaan PTPTN adalah dengan membeli no PIN di mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia. Anda boleh pergi ke kaunter BSN dan dapatkan no PIN anda dengan hanya RM5.

Sudah ada akaun dan no PIN untuk membukan akaun PTPTN di BSN, lepas ada dua item ini, barulah anda boleh mendaftar PTPTN secara online. Setakat ini memang pendaftaran kena dilakukan secara online sahaja untuk PTPTN. Anda boleh ke PAUTAN INI untuk mendaftar PTPTN secara online.

3 Langkah di atas ini adalah cara memohon PTPTN yang penting untuk anda tahu. Dengan adanya semua ini, langkah dan permohonan PTPTN anda akan menjadi lebih mudah.

Permohonan PTPTN Kali Pertama

Anda akan dibawa ke laman ini, isikan segala maklumat yang diperlukan terutama no PIN Ptptn tersebut.

Isikan semua maklumat yang ada, kalau ada maklumat yang tidak pasti seperti no IC ibu bapa, akaun bank dan lain-lain tu, boleh simpan dahulu, anda boleh edit kemudian.

Akhir sekali, sebelum hantar, pastikan semua maklumat lengkap dan betul kemudian barulah boleh hantar.

Apapun, kalau ada sebarang soalan berkenaan dengan info PTPTN dan SSPN boleh beritahu di rungan bawah. Harap artikel ini memberikan penjelasan kepada anda berkenaan dengan cara memohon PTPTN.

Apapun, boleh tengok testimoni PTPTN ini sebagai panduan kepada anda untuk mendaftar dengan PTPTN.

The post 4 Cara Memohon PTPTN Dalam 24 Jam appeared first on Myportal21.


via 4 Cara Memohon PTPTN Dalam 24 Jam

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates