Saturday, August 27

2 Cara Belajar Tajwid Al Quran

Banyak kaedah untuk belajar tajwid Al Quran dan memang saya lihat sekarang ini, ramai yang sudah mula untuk mencari cara dan kaedah untuk belajar tajwid Al Quran dengan betul dan sempurna. Kelas-kelas yang diwujudkan untuk memperbaiki bacaan tajwid juga semakin banyak. Itu belum dikira kelas-kelas perseorangan lagi.

Yang paling penting bagi saya adalah, wujudnya kemahuan untuk memperlajari tajwid sekaligus memperbaiki mutu bacaan anda. Jika sudah ada niat, itu memang sangat bagus, tinggal anda perlu mencari masa yang sesuai untuk belajar sahaja.

recite quran

Masalah Besar Untuk Belajar Tajwid – Faktor Masa

Mahu ataupun tidak, faktor besar yang menjadi kekangan kepada permasalahan untuk belajar Tajwid adalah kerana faktor masa. Faktor masa menjadi isu besar terutama orang dewasa yang ingin belajar tajwid kerana faktor kekangan kerja yang banyak. Jadi, kalau nak ke kelas tajwid untuk memperbaiki bacaan itu, memanglah kena mencari masa yang sesuai untuk ke sana dan mempelajari tajwid dengan betul. Faktor masa ini tidaklah menjadi isu yang besar buat kanak-kanak, apapun, kepada orang dewasa yang memang mahu memperbetulkan bacaan Al Quran mereka, nasihat saya, teruskan istiqamah untuk belajar.

Alternatif kepada cara belajar tajwid al quran yang lama

Sebagai alternatif kepada cara belajar tajwid dengan guru ataupun orang perseorangan, adalah lebih baik anda memanfaatkan teknologi terkini bagi membantu anda memperbaiki mutu bacaan tajwid anda. Bagaimana nak memperbaiki mutu bacaan tajwid anda? Caranya adalah dengan menggunakan Pen Qalam ini.

Boleh lihat video di bawah tentang cara dan penggunaan pen ini. Memang terbaik dan berbaloi untuk anda gunakan. InysaAllah ianya dapat memperbaiki mutu bacaan anda.

Bagaimana nak dapatkan pen ini di pasaran?

Banyak tempat untuk anda dapatkan pen ini di pasaran. Anda boleh pergi ke kedai-kedai Al Quran dan lain-lain lagi. Tetapi, sebagai alternatif, saya rekemen anda dapatkan pen ini di Lazada sahaja. Kenapa Lazada? Sebab harga pen ini agak murah di sana dan kualitinya pun bagus, memang berbaloi untuk anda beli. Kalau anda berminat untuk dapatkan pen ini di Lazada, boleh dapatkan dari link bawah ini.

My Qalam Smart Pen Al Quran – Pakej terbaik dengan harga berpatutan

Saya rekemen pen ini kerana ianya paling banyak dan berbaloi untuk anda beli. Apapun, banyak lagi pen lain yang anda boleh dapatkan di Lazada. Semuanya dijual dengan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan.

Kalau anda tidak perlukan pen, saya rekemen untuk anda dapatkan terjemahan al quran. Ianya sudah memadai terutama jika anda ingin membaca dan mengetahui maksud yang ada pada Al Quran. Boleh dapatkan terjemahan yang saya maksudkan pada link bawah ini.

Terjemahan al quran – Terbaik

Nak belajar tajwid, tiada cara mudah

Mahu ataupun tidak, nak belajar tajwid tiada cara mudah. Yang paling penting adalah belajar dan membaca secara konsisten pada setiap hari. Kalau boleh tu jadikan amalan membaca Al Quran setiap hari. Anggaplah memperbaiki bacaan Al Quran itu salah satu daripada jihad kita sebagai bekalan di akhirat sana.

Harapnya, Allah permudahkan niat murni anda untuk belajar Al Quran dengan lebih berkesan.

The post 2 Cara Belajar Tajwid Al Quran appeared first on Myportal21.


via 2 Cara Belajar Tajwid Al Quran

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates