Sunday, September 18

3 Cara Buat Simpanan Pendidikan Anak RM35K dalam 18 Tahun

Tentu anda tertanya-tanya tentang simpanan pendidikan anak mana yang terbaik yang ada ketika ini. Ada banyak instrumen kewangan di Malaysia yang pada saya mampu memberikan nilai terbaik jika anda inginkan simpanan pendidikan untuk anak. Jadi, pada kali ini, saya nak berikan beberapa info penting sebagai salah satu daripada beberapa perkara penting berkenaan dengan simpanan pendidikan untuk anak.

sspn-logo

Jenis Simpanan Untuk Anak di Malaysia

Ada banyak jenis simpanan yang anda boleh buat untuk anak. Sebagai contoh anda boleh membuka akaun simpanan di bank-bank di Malaysia. Ada banyak bank-bank di Malaysia yang anda boleh pergi untuk buka akaun simpnanan yang akan anda gunakan untuk pendidikan anak pada masa hadapan.

Unit trust pun salah satu faktor yang boleh anda gunakan sebagai simpanan pendidikan untuk anak. Unit trust memang terkenal dengan pulangan yang agak menarik berbanding dengan akaun simpanan biasa. Apapun, simpanan dengan unit trust biasanya tidak mempunyai pelindungan seperti mana simpanan dalam takaful.

Takaful pendidikan anak juga adalah antara alternatif yang baik yang anda boleh cuba, tetapi biasanya, takaful tidak memberikan pulangan yang tinggi berbanding dengan unit trust.

Pada saya, kalau anda nakkan pakej simpanan pendidikan untuk anak, pilihlah yang komprehensif. Maksudnya ianya merangkumi simpanan dengan pulangan yang menarik dan perlindungan yang diberikan. Kalau anda inginkan simpanan yang baik dengan perlindungan yang memang komprehensif, antara produk yang terbaik yang ada di Malaysia adalah SSPN i Plus.

Pilihan Yang Ada di Malaysia

Jadual di bawah adalah antara manfaat SSPN i Plus berbanding pakej lain di luar sana. Ianya jauh lebih murah berbanding takaful pendidikan yang mana, minimum caruman untuk takaful pendidikan adalah RM150 sebulan. Untuk SSPN i Plus, anda boleh mulakan caruman dengan RM30 sebulan dan masih lagi mendapat manfaat perlindungan takaful untuk anak. Bagi saya ianya adalah sesuatu yang menarik dan berbaloi untuk anak dan kewangan keluarga.

manfaat sspn

Apa Itu SSPN i Plus? dan Manfaat SSPN i Plus

SSPN i Plus adalah produk yang dikeluarkan daripada PTPTN dengan tujuan untuk memberikan alternatif terbaik kepada simpanan pendidikan anak-anak. Ianya direka untuk membolehkan anak-anak tidak terlalu bergantung kepada pinjaman PTPTN apabila hendak masuk ke universiti nanti. Dengan adanya skim SSPN ini, ianya sedikit sebanyak membantu pelajar yang handak masuk ke universiti atau IPT lain di Malaysia dari segi kewangan.

Ianya juga disertakan dengan manfaat takaful. Boleh tengok jadual di bawah untuk manfaat takaful yang lebih komprehensif.

img-20160821-wa0016

Berikut adalah beberapa manfaat lain yang ada dalam SSPN i Plus ini.

1. Pengecualian cukai sehingga RM12000
2. Cabutan bertuah

Macam mana nak buka akaun SSPN i Plus ini?

Nak buka akaun SSPN i Plus ini tidak susah, malahan sekarang ini sudah ada kemudahan untuk anda membuka akaun ini secara online. Anda boleh membuka akaun SSPN i Plus ini dengan pergi ke LINK INI dan boleh buka akaun dengan cepat dan pantas.

Segala penambahan daripada akaun ini juga, anda boleh lakukan secara online. Memang memudahkan urusan dan ternyata ianya merupakan satu produk yang terbaik pada masa kini.

Harap anda mendapat maklumat yang sepatutnya, terus ke SINI untuk buka akaun SSPN i Plus secara online.

The post 3 Cara Buat Simpanan Pendidikan Anak RM35K dalam 18 Tahun appeared first on Myportal21.


via 3 Cara Buat Simpanan Pendidikan Anak RM35K dalam 18 Tahun

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates