Saturday, December 31

Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Individu

Macam mana nak buat pengiraan cukai pendapatan individu? Susah ke sebenarnya nak buat pengiraan. Sebenarnya tidak susah kalau anda gunakan efiling. Anda masukkan berapa pendapatan kasar anda dalam efiling terutama bila nak bayar cukai, sistem dalam efiling dah kira siap-siap untuk anda. Apapun, untuk info yang lebih lanjut, boleh ke laman ini untuk info.

Yang lebih penting sebenarnya adalah pengecualian cukai pendapatan. Dengan adanya pengecualian cukai tu, bolehlah anda merancang atau melakukan sesuatu yang bermanfaat. Jadi fokus utama artikel pada kali ini adalah untuk memberikan kepada anda beberapa input penting dalam membuat perancangan untuk mengurangkan cukai yang anda patut bayar. Dalam erti kata lain adalah, beberapa pengecualian cukai yang ianya adalah sangat penting dan ianya perlu dirancang.

Macam mana nak merancang cukai anda

Mahu ataupun tidak, sekarang ini memang ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan cukai anda. Apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini adalah tips mengurangkan cukai yang memang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi, memang anda boleh gunakan kesemua tips ini tanpa ada sebarang masalah.

Macam mana nak kurangkan cukai pendapatan yang patut anda bayar kepada kerajaan, boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut. Ianya adalah artikel yang komprehensif dan beberapa tips yang ada di dalam artikel tersebut memang membolehkan anda untuk mengurangkan cukai yang anda bayar.

Sedekah dan Zakat Untuk Kurangkan Cukai

Antara beberapa perkara lain yang penting adalah untuk berzakat. Zakat adalah sesuatu yang wajib pada setiap muslim. Zakat tidak terhad kepada zakat fitrah yang cuma kena bayar semasa hari raya sahaja, zakat juga ada zakat pendapatan yang anda patut bayar setiap bulan. Ianya merupakan satu kewajipan yang penting kepada setiap muslim.

Untuk yang bukan muslim pun, anda boleh melakukan sumbangan seperti ini kepada badan-badan kebajikan. Asalkan, badan-badan kebajikan yang anda sumbangkan ini memberikan pulangan zakat kepada anda. Itulah yang paling penting sekali.

Jangan lupa bayar cukai pendapatan anda

Akhir kata, jangan lupa untuk bayar cukai pendapatan individu anda. Jangan risau untuk bayar cukai kerana anda masih boleh membuat banyak tuntutan untuk kesemua cukai yang dikenakan kepada anda. Yang penting adalah merancang dan terus merancang.

Sampai sini sahaja artikel pada kali ini. Harapnya, artikel ini membantu anda untuk merancang cukai yang anda patut bayar kepada pihak LHDN.

The post Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Individu appeared first on Myportal21.


via Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Individu

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates