Saturday, December 3

Peralatan Wajib Ada Untuk Seorang Pelajar

Mahu atau tidak, ramai yang sudah memulakan langkah untuk memasuki universiti. Bermacam-macam jenis cabaran yang bakal anda hadapi di universiti nanti dan pada saya, yang paling penting sekali adalah bagaimana persediaan anda untuk menghadapi alam universiti ini nanti. Kalau persediaan anda bagus, memang tiada masalah untuk ke alam universiti ini.

Jadi, apakah persediaan yang perlu anda anda untuk memasuki alam universiti ini?

Untuk artikel kali ini, saya lebih menekankan aspek persediaan material terutama kalau anda nak masuk ke alam universiti. Kerana itulah yang penting, bahagian material ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk memudahkan kerja-kerja ataupun assigment anda nanti. Khusus untuk artikel pada kali ini, saya akan rekemen beberapa peralatan penting yang berguna bagi membantu anda ketika di universiti nanti. Kalaupun anda sudah berada di universiti, membeli peralatan ini memang sangatlah membantu anda untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.

gaya-mahasiswa-terbaik

Pertama dan yang paling penting adalah laptop

Memang banyak benda yang anda boleh lakukan dengan adanya laptop. Laptop ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk menyiapkan pekerjaan yang anda lakukan. Ianya merupakan item yang wajib ada jika anda masih tiada lagi. Kalau tiada lagi laptop, memang kena usahakan untuk ada satu laptop. Buat sementara, memang kena ke cyber cafe terutama bagi yang masih lagi tiada laptop, tetapi untuk jangka masa panjang, ada sebuah laptop yang berfungsi dengan baik sangatlah memadai.

Untuk laptop, anda tidak perlukan laptop yang terlalu mahal, untuk gaming ataupun untuk design. Laptop yang boleh berfungsi dengan baik amatlah memadai. Lagipun di Lazada memang banyak pilihan laptop yang ada untuk anda pilih. Saya cadangkan laptop Asus dan Lenovo seperti di bawah ini;

  1. Laptop Asus – Harga dan Rating yang baik
  2. Laptop Lenovo– Terbaik di Lazada dengan harga yang berpatutan

Harga laptop ini boleh dikatakan harga pertengahan. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Apapun, banyak lagi pilihan laptop yang ada di Lazada bagi membantu anda untuk memilih. Pilihlah yang sesuai dengan bajet anda. Cuma, buat pembelian biarlah berbaloi, takut kalau beli yang terlalu rumah, tak tahan lama dan cepat rosak pula.

Item kedua yang saya rekemen adalah OTG Drive

  1. Sandisk OTG Drive 32GB – Harga Terbaik
  2. Sandisk OTG Drive 64GB – Pilihan yang bagus di Lazada

OTG Drive ini berbeza dengan Pent Drive yang biasa digunakan itu. Kelebihan OTG Drive ini adalah, anda boleh save data anda di smartphone dan laptop pada masa yang sama. Ya, smartphone sekali. Memang terbaik. Boleh dikatakan yang OTG drive ini adalah item yang anda wajib anda sebab memang anda akan gunakan pun. Untuk transfer assigment dan lain-lain lagi. Kalau nak beli OTG Drive ini, memang banyak dijual di Lazada, harga pun tidaklah terlalu mahal dan boleh dikatakan harga yang mampu milik.

Hard Disk Drive

Ini adalah antara item yang tidaklah sepenting OTG Drive ini. Kalau ada lagi bagus, tetapi kalau tiada pun tak apa dan tiada masalah. Hard Disk drive ini bertujuan untuk menyimpan data. Mungkin ada masa anda kena edit video, kena buat assigment yang bersaiz besar atau kena tangkap gambar yang mempunyai mega pixel yang besar. Untuk itu, memang perlukan hard disk drive yang kapasiti data adalah jauh lebih besar daripada daripada OTG Drive ataupun Pent Drive. Ada banyak saiz data yang ada di pasaran, saya paling rekemen 2 jenama ini

  1. Seagate Hard Disk 1.5TB – Terbaik di Pasaran
  2. Hard Disk Seagate 1.0 TB – Antara alternatif terbaik

Jenama Seagate adalah yang paling saya rekemen kerana ianya adalah satu jenama yang dipercayai kalau anda nakkan hard disk yang berkualiti dan tahan lama. Kalau tak mahu yang ini, memang saya galakkan OTG Drive ini untuk kegunaan seharian anda semasa di universiti nanti.

Beg Balik Kampung dan Beg Berjalan

Penting juga ini, selain daripada gadjet, perlu juga ada beg terutama kalau anda nak balik kampung ataupun nak berjalan-jalan. Kalau nak balik kampung, memang perlukan luggage, senang untuk dibawa kemana-mana. Kalau tak ada lagi, memang kena beli dan kalau ikutkan pengalaman saya, sekali beli, boleh guna banyak kali.

  1. Luggage Murah dan Terbaik
  2. Begpack Simple daripada Lenovo – Pilihan Bijak dan Murah

Memang banyak pilihan yang ada untuk anda pilih yang mana terbaik. Kepada anda, buatlah pilihan yang bijak dan belilah barangan yang berkualiti agar barangan yang anda beli itu memberikan kualiti dan ketahanan yang berpanjangan.

The post Peralatan Wajib Ada Untuk Seorang Pelajar appeared first on Myportal21.


via Peralatan Wajib Ada Untuk Seorang Pelajar

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates