Wednesday, February 8

Bidang Tugas Penguasa Kastam W41

Apa bidang tugas Penguasa Kastam WK41 yang anda patut tahu? Sekitar awal tahun 2017 ini, akan diadakan peperiksaan online Penguasa Kastam WK41, jika anda salah seorang calon untuk peperiksaan pada kali ini, tahniah diucapkan kerana terpilihan untuk mengikuti exam online Penguasa Kastam W41 ini.

Penting untuk anda tahu bidang tugas penguasa Kastam W41 ini kerana ianya bakal menentukan pekerjaan dan masa depan anda kalau anda terpilih menjadi pengawai Penguasa Kastam W41 ini. Kali ini, kami akan berikan beberapa info berkenaan dengan bidang dan tugas-tugas rasmi Penguasa Katam WK41 ini.

Persediaan Menghadapi Exam Online Penguasa Kastam W41

Kalau anda seorang calon exam online awal tahun 2017 ini, memang anda perlu tahu bidang tugas Kastam. Tetapi, setakat tahu bidang tugas sahaja tidak mencukupi, perkara lain yang anda perlu tahu adalah cara dan format peperiksaan Penguasa Kastam WK 41 ini. Apabila anda tahu contoh soalan dan format exam online SPA Kastam ini, ianya akan memudahkan anda untuk menjawab soalan exam nanti.

Sebagai bonus, anda boleh download PERCUMA contoh soalan dan format terkini exam Penguasa Kastam W41 DI SINI. Saya yakin, untuk anda yang tidak tahu nak study apa untuk peperiksaan online ini, PDF Percuma yang kami berikan akan sedikit sebanyak membantu anda untuk sukses dalam exam kastam ini.

Tugas Pegawai Kastam Ikut Deskripsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Tugas Penguasa Kastam – Di Pelabuhan dan Sempadan

Apa yang menarik untuk memasuki sektor kerajaan adalah pekerjaan yang stabil dan kenaikan gaji yang boleh dikatakan stabil berbanding dengan kerja swasta. Ini adalah antara sebab ramai yang ingin menjadi pegawai kerajaan dan menjawat jawatan dalam kerajaan. Sebab itu, kalau anda terpilih untuk menjadi Pegawai Penguasa Kastam ini, jangan lepaskan peluang anda untuk sukses. Cuba sehabis baik sehingga berjaya.

Jika anda terpilih untuk menjadi Penguasa Kastam ini, anda haruslah bersedia sekirangan dihantar ke pelabuhan yang jauh dari rumah ataupun di sempadan. Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, sempadan Malaysia-Thailand, CIQ Johor Bahru ataupun anda kena ke Sabah dan Sarawak. Jika anda tidak kisah dihantar ke tempat-tempat ini, memang tiada masalah untuk anda teruskan niat anda untuk menjadi pegawai Kastam. Kerja yang mencabar, tetapi menarik dan sangat berbaloi untuk anda cuba sampai jadi.

Sudah pasti sebagai penguasa di sana, kerja-kerja penguatkuasaan yang anda perlu lakukan untuk setiap tempat masuk ke Malaysia. Bagi saya, ianya kerjaya yang menarik dan mencabar sesuai untuk orang yang seperti anda yang sukakan cabaran.

Tugas Penguasa Kastam – Mengawal Selia GST

Memang seorang penguasa kastam, mungkin akan berkerjasama dengan pegawai LHDN untuk tugas-tugas seperti kawal selia GST dan lain-lain hal cukai. Kemungkinan juga, anda perlu lakukan serbuan ke mana-mana premis yang tidak mahu membayar cukai dan lain-lain. Info berkenaan dengan GST adalah antara yang anda perlu tahu kalau anda serious nak jadi seorang pegawai Kastam.

Apapun, Itulah antara tugas Penguasa Kastam WK41 yang anda perlu tahu. Akhir kata, kalau anda terpilih untuk mengikuti exam online, lakukan yang terbaik dan cuba sehabis baik sehingga lulus. Peluang tidak datang selalu dan jangan lepaskan peluang yang ada depan mata.

The post Bidang Tugas Penguasa Kastam W41 appeared first on Myportal21.


via Bidang Tugas Penguasa Kastam W41

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates