Saturday, August 23

Download Percuma Contoh Soalan Penguasa Kastam W41


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan secara online pada 6 September 2014. Jika anda adalah calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang akan menhadapi peperiksaan online pada tarikh tersebut, bolehlah dapatkan contoh soalan PERCUMA daripada ohkerjakosong4u. Berikan email anda di akhir artikel ini untuk mendapatkannya.

Dan Terkini, SPA Memaklumkan akan membuat peperiksaan ulangan pada 10 September 2014. Perlukan Contoh Soalan Percuma Penguasa Kastam W41? Berikan email anda pada bahagian akhir artikel ini.

Penguasa Kastam W41 Tugas-Tugas

Berdasarkan kepada laman web SPA, Tugas-tugas seorang Pegawai Penguasa Kastam W41 adalah seperti berikut;
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
Atas permintaan calon, sedikit informasi kami berikan berkenaan dengan jawatan Penguasa Kastam W41. Calon boleh melanggan informasi dan contoh soalan PERCUMA diruangan email di bawah. Pastikan sahkan email dan sentiasa semak email anda dari semasa ke semasa.


Daftar email di Bahagain Bawah

Sepintas Lalu Penguasa Kastam w41

Seperti yang calon sedia maklum, kerajaan bakal memperkenalkan Good and Service Tax (GST). Banyak langkah sedang diolah ke arah itu da ini merupakan peluang kepada calon kerana pastinya, bilangan Penguasa Kastam yang diperlukan pastinya ramai untuk memperkenalkan GST. Jika anda adalah seorang calon, jangan lepaskan peluang untuk menjawat jawatan ini.

Syarat Lantikan Penguasa Kastam W41

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Format Soalan Penguasa Kastam W41

Format Soalan Terdiri daripada 3 Bahagian,

Bahagian A : Pengetahuan AM berkenaan jawatan Kastam dan Malaysia sendiri

Bahagian B : Penyelesaian Masalah berkenaan dengan soalan Matematik

Bahagian C : Soalan Psikometri (soalan psikologi)





Adakah anda sebagai calon pada 6 September ini? Jika anda calon, anda boleh dapatkan contoh soalan khas secara PERCUMA, hebahan dan tips terkini dengan memberikan email anda di bawah.


Terkini, jika anda ingin mengambil peperiksaan Penguasa Kastam W41 sekali lagi 10 September ini? Boleh dapatkan contoh soalan dengan memberikan email anda di bawah.



E-mail address (Sila Sahkan EMAIL Anda)



**Jika anda tidak mendapat ebook percuma berkenaan, bolehlah email kepada saya di ohkerjakosong4u@gmail.com. Saya akan berikan secara personal kepada anda.

Ataupun, ebook secara komprehensif daripada Tim Infokerjaya yang telah membantu banyak calon [Jualan Ebook Komprehensif telah mula dibuka sehingga 9 September 2014, ebook Khas sempena Peperiksaan Ulangan 10 September 2014.]


Semoga sukses selalu dan semoga berjaya.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates