Tuesday, November 28

Baju Pengawas Sekolah Rendah – Pilihan Murah dan Berbaloi

Dah tiba masa untuk anda mencari baju dan pakaian seragam sekolah kerana sesi persekolahan yang akan datang akan bermula tidak lama lagi. Sekarang ini, ada banyak pilihan kedai yang menawarkan banyak baju dan pakaian seragam sekolah di shopping mall ataupun di kedai-kedai berhampiran dan inilah masanya untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti ini.

Antara baranga yang ramai orang cari selain daripada baju sekolah adalah baju pengawas sekolah rendah ataupun menengah. Walaupun mudah didapati tetapi pakaian pengawas ini adakalanya berbeza diantara sekolah dan juga kalau dah masuk sekolah menengah tu, memang berbaza sekali apa yang ada. Oleh itu, penting untuk anda lihat dahulu apa yang ada di internet dan kalau memang itulah yang anda cari, akan lebih mudahlah untuk anda mendapatkan pelbagai pakaian pengawas sekolah.

Mana Nak Dapatkan Pakaian Pengawas Ini?

Nak dapatkan pakaian pengawas ini tidaklah susah dan salah satu caranya adalah untuk anda beli sahaja di kedai-kedai pakaian seragam sekolah yang berdekatan. Tetapi, sebelum cari pakaian seragam tu di kedai-kedai, baik survey dahulu apa yang ada di kedai-kedai online seperti di Lazada ini. Walaupun tidak jumpa pakaian seragam yang sesuai di Lazada, tetapi boleh je survey-survey dahulu pakaian terutama yang berkaitan dengan pengawas seperti kasut hitam, baju biru dan lain-lain lagi.

Apapun, boleh tengok dan survey dahulu beberapa harga barangan yang ada di bawah;

1 Pilihan Baju Pengawas Sek Rendah – KLIK SINI

2 Pilihan Baju & Uniform Sekolah – KLIK SINI

3 Pilihan Peralatan Persekolahan Lain – KLIK SINI

Sememangnya ada banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti baju pengawas dan lain-lain lagi semua di kedai-kedai online ini. Apapun, ini sedikit tips untuk anda berdasarkan pengalaman saya sendiri menjadi pengawas di sekolah rendah dan menengah.

Pakaian Seragam Pengawas

Sekolah Rendah : Seluar hitam dan baju biru serta bertali leher. Tapi leher ini lebih mudah didapati di koperasi sekolah.

Sekolah Menengah : Ketika di sekolah harian, berbaju putih dan berseluar putih. Yang membezakan dengan pakaian pelajar lain adalah seluar putih, berkasut hitam dan bertali leher berbeza. Ini adalah antara pakaian seragam di sekolah menengah. Ketika saya memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ni, saya menggunakan seluar hitam dan berbaju biru. Apapun, ianya memang berbeza mengikut sekolah dan keadaan. Lebih baik anda pilih yang mana yang paling bersesuaian dengan apa yang anda dan anak anda perlukan.

Alatan Sekolah Yang Lain

Tiada masalah untuk anda membeli peralatan sekolah yang lain sempena dengan jualan akhir tahun ini. Daripada beg kepada alat tulis dan kasut, boleh survey dahulu apa yang ada di Lazada tu untuk tentukan yang mana yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan. Dari situ, boleh pilih yang mana yang terbaik untuk anda.

Juga, anda boleh ambil kesempatan ini untuk mendapatkan pelbagai barangan murah lain di Lazada seperti gadjet dan alatan elektrik lain untuk keperluan anda. Alang-alang dah dapat bonus tu, belilah barangan yang bermanfaat sikit untuk kegunaan dan keperluan bersama anda dan anak anda. Memang banyak deal-deal menari terutamanya kedai-kedai online untuk akhir tahun ini dan inilah masanya untuk anda mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga yang ada di pasaran sekarang.

Kepada anda yang cari baju dan pakaian pengawas tu, bolehlah dapatkan dan survey dahulu di kedai online ni, kalau kena dan sesuai dengan apa yang anda mahukan, boleh terus untuk membuat pembelian.

The post Baju Pengawas Sekolah Rendah – Pilihan Murah dan Berbaloi appeared first on Myportal21.


via Baju Pengawas Sekolah Rendah – Pilihan Murah dan Berbaloi
Read More

Kedai Uniform Sekolah – Ini Tips Untuk Beli Murah

Dah sampai masa akhir tahun ini, ibu bapa mula untuk mendapatkan baju sekolah dan mencari di mana kedai uniform sekolah yang sesuai dan terbaik. Sekarang ini, ada banyak pilihan kedai uniform yang ada di Malaysia ini dan memang akhir tahun ini, banyak program dengan promosi di kedai pakaian seragam sekolah ataupun program “back to school” yang akan di adakan.

Apapun, kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kepada anda untuk mendapatkan pelbagai pakaian seragam pada harga yang terbaik dan menarik untuk anda dapatkan. Tidak semestinya anda perlu ke kedai-kedai seperti shopping mall, anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan kedai yang ada secara online. Apapun, pilihan memang terletak di tangan anda untuk mendapatkan pakaian yang sesuai.

Alternatif Kedai Untuk Peralatan dan Uniform Sekolah

Memang anda mempunyai alternatif untuk mendapatkan barangan dan peralatan sekolah selain daripada di kedai-kedai yang biasa. Antaranya adalah untuk anda dapatkan di kedai-kedai online seperti di Lazada. Memang akhir tahun ini adalah antara masa untuk mendapatkan pelbagai peralatan persekolahan pada harga yang murah dan berbaloi.

Untuk pilihan kedai peralatan sekolah selain daripada kedai-kedai ataupun di shopping mall, anda juga boleh mendapatkan di Lazada. Lazada merupakan antara pilihan terbaik yang anda boleh pergi untuk mendapatkan pelbagai barangan daripada barangan elektrik, barangan perabot, smartphone dan lain-lain. Selain daripada pelbagai peralatan ini, anda juga boleh mendapatkan peralatan uniform ini di Lazada;

Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah;

1 Pilihan Uniform Sekolah – KLIK SINI Untuk Info Lanjut

2 Pilihan Lain Yang Ada 

3 Alatan berkaitan peralatan sekolah – KLIK SINI

Banyak lagi pilihan yang anda boleh pilih untuk mendapatkan pelbagai peralatan terbaik untuk kedai uniform anda. Yang penting, anda puas hati dengan apa yang anda mahukan dan alang-alang membeli itu, belilah yang berbaloi agar tahan lebih lama daripada pelbagai pilihan yang ada.

Peralatan Sekolah Lain di Lazada

Memang banyak pilihan kedai peralatan sekolah yang ada dan untuk mendapatkan pelbagai peralatan yang ada, boleh tengok apa yang ada di lazada. Dari segi alat tulis, peralatan lain seperti bag dan kasut pun anda boleh dapatkan di Lazada. Lebih menarik, harga dan pilihan yang ada adalah jauh lebih murah daripada kedai biasa yang ada.

Yang menarik juga berkenaan dengan barangan yang ada di Lazada ini, pilihan yang ada lebih banyak daripada biasa. Anda boleh memilih daripada barangan yang biasa-biasa kepada barangan yang berjenama untuk kegunaan anda ataupun keluarga anda. Semuanya boleh didapati dengan mudah.

Pilih Berbaloi dan Menjimatkan Masa

Barangan seperti bag dan alat tulis memang tiada masalah untuk anda cari dan dapatkan di kedai-kedai online seperti di Lazada ini. Banyak pilihan yang ada untuk anda pilih dan yang penting adalah anda boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang menarik dan terbaik. Lebih jimat masa kerana anda hanya membuat tempahan dan pembayaran secara online, kemudian, barangan ini akan terus ke rumah anda. Jimat masa dan wang ringgit kerana tidak perlu untuk ke kedai-kedai online.

Pilihan Terbaik

Apapun, buat pilihan anda dan pilihlah yang terbaik untuk barangan yang anda mahukan. Selain daripada peralatan sekolah, anda juga masih boleh mendapatkan pelbagai peralatan rumah anda di sini.

Yang penting, pilih yang terbaik untuk anak-anak anda dan sebagai info tambahan, kami galakkan untuk anda baca artikel kami berkenaan dengan simpanan untuk anak-anak ini.

The post Kedai Uniform Sekolah – Ini Tips Untuk Beli Murah appeared first on Myportal21.


via Kedai Uniform Sekolah – Ini Tips Untuk Beli Murah
Read More

Baju Sekolah Murah – 3 Pilihan Terbaik Untuk Anda

Musim cuti sekolah datang lagi pada setiap tahun dan pada masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda dapatkan baju sekolah murah untuk keperluan anak-anak. Memang anak-anak ini cepat membesar dan ada kemungkinan yang baju dipakai sebelum ini sudah tidak muat dan perlu diganti dengan baju yang baru. Ataupun baju yang lama sudah lusuh dan tiba masanya untuk dapatkan yang baru sama ada baju sekolah menengah ataupun sekolah rendah.

Dihujung tahun ini, memang banyak syarikat akan mempromosikan baju sekolah pilihan untuk anak-anak mereka. Banyak syarikat yang akan melakukan jualan promosi daripada syarikat besar dan juga syarikat yang kecil. Tidak terkecuali, jualan baju sekolah online yang akan di adakan pada setiap tahun. Ada banyak kelebihan jualan baju dan peralatan sekolah online ini dan yang penting sekali adalah, ianya menjimatkan masa dan kos yang anda perlu pakai dan gunakan.

Pilihan Yang Ada

Kalau memang anda mencari pakaian seragam sekolah ini, memang ada banyak pilihan yang ada buat masa ini dan antara pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan adalah dengan membeli belah secara online di kedai-kedai online. Kenapa kedai online? Ianya menjimatkan masa dan wang ringgit anda. Tidak perlu bawak kereta untuk ke kedai pakaian sekolah, hanya dapatkan di sini lebih mudah. Pilih baju dan pakaian yang anda mahukan dan terus buat order. Tunggu barangan itu sampai di rumah. Mudah bukan!

Untuk memudahkan anda, berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang;

1 Pilihan Baju Sekolah – KLIK SINI Untuk Info Lanjut

2 Pakaian Seragam Sekolah – Nak Lebih Lanjut ada di SINI

3 Aneka Bag Sekolah Untuk Anda Pilih – Semua Ada DI SINI

Banyak lagi pilihan baju daripada untuk sekolah rendah, kepada untuk sekolah menengah dan lain-lain. Semuanya anda boleh dapatkan di kedai online terutamanya Lazada dengan mudah dan lebih murah. Ianya lebih pantas dari biasa kerana anda hanya tunggu dari rumah sahaja dan barang tersebut akan sampai pada masa yang dijanjikan.

Peralatan Alat Tulis dan Lain – Lain Keperluan Sekolah

Tidak hanya baju dan pakaian seragam sekolah, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis peralatan lain terutamanya alat tulis dan beg sekolah di Lazada ini. Alang-alang memang anda sedang mencari peralatan sekolah ini, lebih baik untuk anda dapatkan juga peralatan lain untuk memudahkan anak anda. Apapun, buat pilihan yang terbaik untuk alatan yang anda mahukan.

Selain daripada peralatan sekolah, jangan lupa untuk anda memanfaatkan promosi hujung tahun dan cuti sekolah untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan dan deal-deal menarik terutamanya di Lazada ini. Ianya memberikan kepada anda lebih banyak pilihan pada harga yang menarik dan terbaik.

Langkah-Langkah Beli Barang Secara Online

Kalau anda tidak biasa tentang cara dan langkah-langkah untuk membeli barangan di Lazada, jangan risau kerana kami akan tunjukkan beberapa tips dan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk beli pelbagai barangan di Lazada. Rujuk artikel ini untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan harap ianya memudahkan anda untuk mendapatkan deal yang terbaik dan menarik.

Kalau dahulu, pembayaran menggunakan Lazada hanya boleh dibuat menggunakan kredit kad ataupun online banking, tetapi kini, anda juga boleh memanfaatkan pembayaran menggunakan 7 Eleven. Cara dan langkah-langkah untuk melakukan cara ini ada di SINI untuk anda lihat.

Apapun, pilihan online ini adalah antara alternatif terbaik kepada anda yang inginkan baju sekolah murah pada harga yang terbaik dan menarik selain daripada pilihan yang ada di kedai-kedai online ini. Buat pilihan dan pilihlah yang paling anda inginkan untuk baju ataupun pakaian seragam sekolah.

The post Baju Sekolah Murah – 3 Pilihan Terbaik Untuk Anda appeared first on Myportal21.


via Baju Sekolah Murah – 3 Pilihan Terbaik Untuk Anda
Read More

Friday, September 29

3 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 2 Paling Berbaloi

Kali ini kami nak berikan beberapa tips terbaik kepada anda sebagai tips terbaik tempat simpanan untuk anak-anak anda. Perkara ini terjadi kepada saya sendiri sebab sekarang ini ada banyak produk yang ada di pasaran terutama untuk simpanan duit anak-anak. Daripada yang percuma kepada yang memerlukan anda untuk mencarum setiap bulan. Apapun, yang paling penting adalah, yang mana yang memberikan pulangan terbaik kepada anda agar setiap duit yang anda laburkan itu berbaloi dan ianya boleh digunakan untuk simpanan masa hadapan anda.

“Alhamdulillah duit raya dah banyak yang terkumpul, yang jadi masalahnya sekarang ini, nak simpan duit ini kat mana pulak? Tabung Haji ke, SSPN ke atau macam mana? Yang mana yang bagi pulangan pada simpanan tabungan anak anda”

Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa sekarang ini, iaitu tempat simpanan pendidikan terbaik untuk anak anda. Untuk itu, kali ini, kami akan berikan beberapa tempat untuk anda menyimpnan wang yang telah anak anda dapat ke tempat yang betul.

Tempat Simpanan Untuk Anak – Anda Pilih Sendiri

Untuk memudahkan anda membuat penilaian, berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada sekarang ini.

#1 Tabung Haji

Ianya mudah untuk anda daftar, ringkas dan yang paling penting sekali adalah ianya patuh syariah. Nak masukkan duit pun mudah, nak keluarkan duit pun mudah. Dari segi dividen pula, adalah antara yang memberikan dividen yang banyak untuk simpanan dan memang salah satu tempat untuk membuat simpanan anak-anak. Boleh fikirkan untuk menyimpan di sini. Dividen yang ditawarkan agak tinggi iaitu 6% hingga ke 7%.

Untuk aspek ini, ianya hanya menawarkan simpanan sahaja tiada perlindungan takaful dan lain-lain. Apapun anda boleh fikirkan sama ada Tabung Haji ini adalah pilihan yang baik untuk anda.

#2 SSPN

Ini adalah produk yang anda boleh fikirkan untuk simpanan pendidikan untuk anak. Tidak hanya simpanan, ianya juga memberikan perlindungan dalam bentuk takaful kepada anak-anak. Produk ini juga mempunyai medical card, tetapi pada pandangan saya tidaklah terlalu bagus kerana apa yang dicover tidaklah banyak. Takaful yang diberikan perlindungan adalah dalam bentuk takaful nyawa yang memberikan perlindungan yang komprehensif jika terjadi apa-apa bencana. Yang lebih menarik lagi, produk ini juga memberikan perlindungan cukai. Ianya 3 dalam 1 iaitu;

1 Simpanan
2 Perlindungan Takaful
3 Rebate Cukai LHDN

Ini adalah antara produk yang sangat berbaloi.

Yang tidak bagus berkenaan dengan produk ini adalah, dividen tidak setinggi tabung haji. Ianya dalam 4% hingga ke 5% setahun. Tidaklah tinggi berbanding tabung haji tetapi lebih tinggi berbanding dengan simpanan di bank-bank biasa. Selain itu, anda juga perlu bersedia untuk caruman dalam bentuk bulanan. Untuk ini, boleh gunakan online banking ataupun bayaran melalui kad kredit. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan dengan SSPN ini, boleh ke SINI untuk dapatkan info lanjut.

#3 Takaful Pendidikan

Sekarang ini memang banyak produk ini. Ini adalah takaful dan memberikan simpanan dalam bentuk pendidikan kepada anak-anak. Apa yang menarik berkenaan dengan ini adalah, ianya memberikan pulangan perlindungan kepada kanak-kanak yang lebih komprehensif berbanding dengan SSPN dan juga tabung haji. Kalau memang ini yang anda cari, boleh pergi ke agen-agen takaful terdekat anda untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan produk yang ditawarkan.

Ianya tidak mempunyai manfaat potongan cukai yang khusus seperti SSPN dan juga, jumlah simpanan ataupun dividen yang diberikan pula tidaklah terlalu banyak. Fokus pakej ini hanya untuk perlindungan, jika anda mahukan simpanan, boleh ke SSPN atau Tabung Haji.

Inilah antara pilihan yang ada. Bergantung kepada apa yang anda mahukan, memang pilihan terletak di tangan anda. Kalau saya, saya lebih galakkan untuk anda mendapatkan ataupun menyimpan untuk simpanan anak di SSPN kerana memang badan yang diselia dibawah kerajaan dan dipercayai. Pilihan di tangan anda dan buatlah keputusan yang terbaik untuk anda.

The post 3 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 2 Paling Berbaloi appeared first on Myportal21.


via 3 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 2 Paling Berbaloi
Read More

Friday, September 22

FREE Soalan Pegawai Trafik A41/A29 PDF

Tidak lama lagi, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan online bagi kemasukan ke jawatan Pegawai Trafik A41 dan juga jawatan A29 penolong pegawai trafik. Kepada yang terlibat, inilah masanya untuk anda memasuki ataupun diserap ke jawatan pegawai kerajaan yang mempunyai banyak kelebihan. Khusus untuk anda juga, kami menawarkan FREE PDF percuma untuk jawatan ini bagi membantu anda untuk lulus dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pada kali ini.

Apapun, anda boleh cuba yang terbaik untuk peperiksaan pada kali ini. Selain daripada itu juga, apa yang anda perlu buat untuk peperiksaan online pada kali ini adalah mengulangkaji topik-topik yang berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan. Apapun, khusus kepada anda yang bakal menduduki peperiksaan ini pada bulan Oktober, berikut adalah panduan percuma untuk jawatan ini. Boleh KLIK link di bawah dan dapatkan maklumat lanjut.

>FREE PDF Soalan Pegawai Trafik A41/A29<<

PDF ini terpakai untuk kedua-dua jawatan sama ada jawatan pegawai dan penolong trafik A41 dan A29.

success MUET, contoh soalan Muet writing, soalan muet

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pertama sekali adalah format peperiksaan online ini. Ini adalah apa yang anda perlu tahu dan format peperiksaan ini ada di dalam email. Ianya terbahagi kepada bahagian A dan bahagian B. Maklumat lanjut berkenaan dengan format terkini peperiksaan ini anda boleh dapatkan di SINI untuk info lanjut.

Selain daripada format peperiksaan, anda juga perlu tahu bidang tugas jawatan ini sama ada ianya bersesuaian dengan anda atau sebaliknya. Tugas-tugas dan cabaran yang menanti anda dalam melaksanakan tugas ini ada saya tulis di SINI. Boleh pergi ke sana dan dapatkan info lanjut berkenaan dengan bidang tugas. Harap ianya membantu menyediakan anda untuk sukses dan jika terpilih, anda tidak terkejut dengan cabaran yang anda bakal hadapi. Dapat bersedia dari awal dalam aspek fizikal dan mental.

Untuk Peperiksaan Online

Khusus untuk peperiksaan online ini pula, yang penting adalah untuk anda mahi dengan contoh soalan dan mula mengulangkaji topik-topik yang berkaitan dengan peperiksaan ini. Soalan penyelesaian masalah yang ada tidaklah terlalu sukar cuma ianya mengelirukan. Ianya lebih kepada soalan matematik SPM, apapun, untuk soalan tersebut, anda perlu cuba yang terbaik untuk sukses dan berjaya. Mahu info lanjut, kami galakkan untuk anda menyertai telegram kami di link bawah. Semua maklumat dan info penting berkenaan dengan peperiksaan ini akan kami berikan. Yang anda perlu ada adalah aplikasi sama ada Android ataupun iOS untuk telegram. Semua info yang akan kami berikan adalah PERCUMA dan khusus untuk membantu calon seperti anda untuk sukses.

>>KLIK Untuk Ke Telegram Kami<<

Inilah Masanya Untuk Memasuki Sektor Kerajaan

Memang ramai yang teringin untuk memasuki sektor kerajaan kerana banyak faedah yang ditawarkan termasuk kenaikan gaji yang konsisten, benefit yang baik, senang buat pinjaman rumah dan lain-lain lagi. Ianya lebih stabil daripada sebahagian besar sektor swasta yang tidak menentu kenaikan gaji dan lain-lain. Jika memang anda terpilih untuk mengikuti peperiksaan ini, nasihat kami, cuba sehabis baik untuk sukses dalam exam ini. Ianya tidak sukar dan tidak mustahil, kalau ada yang boleh, kenapa tidak anda.

Panduan exam untuk jawatan ini juga akan mula dijual pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Boleh dapatkan panduan peperiksaan ini kepada mereka yang berminat dan harap ianya membantu kebarangkalian untuk anda lulus peperiksaan ini dengan cemerlang.

The post FREE Soalan Pegawai Trafik A41/A29 PDF appeared first on Myportal21.


via FREE Soalan Pegawai Trafik A41/A29 PDF
Read More

Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara A41/A29 yang anda perlu tahu

Tidak lama lagi akan diadakan peperiksaan online Jabatan Perkhitmatan Awam untuk jawatan Pegawai Trafik Kawalan Udara A41 dan Penolong Pegawai A29 yang akan diadakan secara online. Jika anda merupakan seorang calon, boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan jawatan ini di SINI.

Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa info berkenaan dengan jawatan dan tugas yang anda perlu lakukan jika anda menjawat jawatan Pegawai Trafik Kawalan Udara ini. Dari situ anda boleh tahu sama ada bidang ini bersesuaian dengan anda ataupun sebaliknya. Juga berkenaan dengan tangga gaji dan kelebihan lain yang anda boleh dapatkan sebagai seorang penjawat awam. Memang penjawat awam ini banyak kelebihan dan kali ini, kami akan berikan beberapa kelebihan yang anda boleh dapatkan.

Tugas Yang Anda Perlu Tahu

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

Sumber : SINI

Ini adalah bidang tugas yang dinyatakan dalam deskripsi tugas oleh jabatan perkhitmatan awam. Anda boleh lihat pada link di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan info ini.

Apapun, jika anda bakal menghadapi peperiksaan online untuk jawatan ini, kami galakkan untuk anda dapatkan contoh soalan percuma di link bawah ini;

>>KLIK Untuk Dapatkan Contoh Soalan Percuma<<

Perlu diingatkan yang, ianya bukan soalan bocor, tetapi lebih kepada latih tubi yang anda boleh lakukan dan juga nota-nota penting berkenaan dengan jawatan ini. Anda boleh dapatkan dan belajar daripada nota yang ada ini untuk sukses dalam peperiksaan yang bakal anda hadapi nanti.

Tugas Yang Anda Perlu Tahu

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan jawatan ini adalah, ianya mengawal kawalan trafik udara keluar masuk dariapda lapangan terbang yang ada di seluruh Malaysia. Dimana ada lapangan terbang, disitu diperlukan pusat kawalan udara ini. Tidak semestinya lapangan terbang komersial seperti KLIA dan lain-lain, lapangan terbang Tentera Udara Di Raja Malaysia juga memerlukan anda untuk mempunyai kawalan udara yang tersendiri. Disitu peluang yang bakal anda perolehi untuk berkhidmatan di tempat-tempat ini jika anda berminat dengan jawatan ini.

Memang tidak dinafikan yang pekerjaan ini agak lasak dan memerlukan seseorang itu untuk bertugas siang dan malam. Kerana waktu malam pun, banyak sahaja kapal yang datang untuk mendarat. Kerja ini tidaklah mudah, tetapi sesuai kepada mereka yang inginkan cabaran dan minat dengan dunia kapal terbang. Kalau jawatan ini sesuai dengan anda, boleh cuba jawab soalan online yang diberikan dan jika berjaya, barulah mendapat tempat untuk jawatan ini.

Antara skop tugas untuk jawatan Pegawai dan Penolong Pegawai adalah;

  • berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
  • memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
  • mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
  • memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
  • memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
  • menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.

Jika anda berminat, teruskan usaha dan jangan mengalah. Mencuba sehingga anda mendapat jawatan ini. Apapun, boleh dapatkan contoh soalan di email yang terdapat pada bahagian atas tadi. Apapun, semoga berjaya dalam bidang yang anda ceburi.

The post Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara A41/A29 yang anda perlu tahu appeared first on Myportal21.


via Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara A41/A29 yang anda perlu tahu
Read More

Thursday, September 21

Download Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29

Kepada anda yang terpilih untuk mengikuti peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred 41, berikut adalah contoh soalan yang bakal anda ikuti apabila mengikuti exam online ini nanti. Bagi yang pernah mengikuti exam online daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti exam PTD, pasti tiada masalah untuk menjawab soalan ini nanti.

Tetapi, kepada mereka yang tidak pernah mengikuti exam ini secara online, berikut adalah antara format peperiksaan yang anda perlu tahu untuk suskses dalam peperiksaan ini. Peperiksaan ini adalah tapisan sebelum anda layak untuk mengikuti temuduga dan selepas itu barulah anda diserap ke dalam jawatan ini. Untuk contoh soalan, anda boleh dapatkan di bawah;

>KLIK Download Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41<<

Secara ringkas, peperiksaan pada kali ini mempunyai 2 format iaitu untuk seksyen A selama 40 minit dan seksyen B selama 50 minit. Seperti yang terdapat di dalam email, peperiksaan ini akan berlangsung pada 3 Oktober 2017 bermula jam 8 malam seperti dalam email. Yang paling penting adalah, anda perlu mendapat email pengesahan terlebih dahulu untuk mengikuti peperiksaan pada kali ini. Jika sudah dapat, barulah boleh menyertai peperiksaan ini.

Bahagian A adalah berkaitan dengan pengetahuan Am yang berkait khusus berkenaan dengan jawatan ini dan pengetahuan am berkenaan dengan Malaysia. Sebagai contoh, jika jawatan berkaitan dengan Kastam, soalan yang bakal keluar adalah berkenaan dengan GST dan cukai. Jika untuk jawatan ini, pastinya soalan yang berkaitan dengan teknologi kawalan udara, kapal terbang akan ada untuk peperiksaan kali ini. Jadi disarankan untuk anda melengkapkan pengetahaun anda berkenaan dengan isu semasa dan sejarah berkenaan dengan jawatan ini.

Apapun, kami sarankan untuk anda dapatkan sekali lagi, contoh soalan yang kami berikan secara percuma kepada anda melalui link di atas.

Peperiksaan Secara Online Disebabkan oleh peperiksaan ini diadakan secara online, anda memang boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan exam ini kalau anda search internet. Tetapi percayalah, anda tidak akan sempat untuk mendapatkan maklumat di internet kerana memang anda akan kesuntukan masa. Apapun, kami akan kongsikan beberapa tips lain di Telegram Channel kami di BAWAH khusus untuk membantu calon berjaya dalam peperiksaan ini.

Harap ianya akan membantu anda untuk sukses. Yang penting adalah, anda perlu ada Aplikasi Telegram dan kami akan kongsikan pelbagai tips kepada anda secara percuma khusus untuk exam pada kali ini. Tips dan trick mudah yang membantu untuk anda sukses dalam peperiksaan pada kali ini. Apapun, boleh ke link bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tips dan sharing yang akan kami berikan kepada anda. Nantikan tips hangat dari kami untuk anda lulus exam ini dan berjaya menjadi seorang penjawat awam di Malaysia.

>>KLIK Untuk Ke Telegram Channel Kami<<

Berkenaan dengan peperiksaan ini juga, akan ada jualan khusus berkenaan dengan jawatan Trafik Udara Gred A41 ini. Ianya adalah format terkini dengan nota latih tubi yang diberikan daripada pihak Tim Infokerjaya bagi membantu calon lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pada kali ini. Kami akan maklumkan apabila jualan mula di buka nanti. Apapun, nantikan info lanjut dari kami berkenaan dengan info ini. Perlu diingatkan yang ianya bukan soalan bocor tetapi adalah dalam bentuk latih tubi dan rujukan bagi membiasakan calon dengan format peperiksaan sebenar.

The post Download Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29 appeared first on Myportal21.


via Download Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29
Read More
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates