Berikut merupakan kekecewaan calon Exam Penguasa Kastam W41 6 September 2014 yang lalu. Calon mengambil peperiksaan online dan ramai yang tidak dapat akses ke dalam laman peperiksaan tersebut.
Jika anda calon, bolehlah luahkan di ruangan komen berkenaan dengan kekecewaan anda.
Juga, berikut adalah petikan daripada Sinar Harian.
JITRA - Beberapa calon yang mengambil peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara atas talian bagi mengisi jawatan Peguasa Kastam W41, di sekitar daerah ini kecewa apabila sistem atas talian itu tidak berfungsi dengan baik.
Mereka mendakwa, keupayaan untuk mengakses ke laman web yang menyediakan soalan peperiksaan amat sukar dilakukan walaupun talian internet yang digunakan berkapasiti tinggi.
Seorang calon yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 27, berkata, peperiksaan yang sepatutnya bermula jam 9 pagi itu memakan masa hampir setengah jam sebelum berjaya melayari laman web untuk menjawab soalan.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan calon tidak mempunyai masa yang cukup, malah sistem atas talian sentiasa terganggu sepanjang peperiksaan selama dua jam 25 minit itu.
“Sebagai calon, saya terasa teraniaya dengan sistem yang diperkenalkan ini. Peperiksaan ini memberi harapan kepada calon-calon tetapi kaedahnya tidak komprehensif. Lebih baik kalau diadakan secara manual.
“SPA sepatutnya menyediakan aplikasi yang betul-betul terjamin kepada calon dan mengkaji terlebih dahulu sejauh mana peperiksaan secara online ini memudahkan calon sebelum ia diperkenalkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Seorang lagi calon, Shahril, 25, berkata, sepanjang peperiksaan itu berlangsung, banyak jawapan yang dipilih tidak diterima oleh sistem.
Menurutnya, hal itu menyebabkan banyak soalan yang tidak dapat dijawab dengan sempurna kerana masa diberikan tidak mencukupi.
“Masa yang diberikan untuk jawab soalan itu relevan, tetapi gangguan sistem menyebabkan masa tak cukup. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam satu peperiksaan yang membabitkan jawatan profesional yang diuruskan oleh agensi kerajaan.
“Saya juga memilih Pusat Internet 1Malaysia di sini, memandangkan kemudahan internet yang laju. Tetapi agak kecewa bila peperiksaan dijalankan sistem terganggu, padahal talian internet tak ada masalah,” katanya yang akan mengemukakan aduan kepada pihak SPA mengenai masalah tersebut.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati ramai calon peperiksaan itu turut melahirkan rasa kecewa di laman sosial dan Facebook SPA.
Tak dapat masuk on time, biar je pertengahan jalan. Harap SPA buat exam ulangan.
ReplyDeleteuntuk kes saya, saya telahpun login sistem lebih awal dan menunggu persediaan peperiksaan. tepat jam 9pg, skrin masih lagi terpapar menunggu persediaan peperiksaan sehingga 1jam lamanya. sangat menguji kesabaran menunggu selama itu. kemudian tanpa menunggu lebih lama saya terus close dan terus ke tempat kerja. malam harinya saya buka facebook dan melihat di page rasmi SPA. rupanya ada masalah teknikal. saya betul2 tidak berpuas hati kerana mereka sepatutnya bersikap professional untuk memaklumkan melalui sms atau emel. bukan semua orang buka facebook setiap masa.
ReplyDeletesaya mencadangkan supaya SPA boleh membuat peperiksaan online berperingkat bagi mengelak kesesakan sistem. dan juga jika tidak mahu buat secara berperingkat, boleh dikurangkan jumlah calon. harap SPA akan membuat peperiksaan ulangan untuk kami yang tak dapat menjawab soalan seperti yang dirancang. terima kasih.
sangat teruk. Saya tak bole log in. Sy pelik lah tggi sangat ke cost kalau buat exam manual? I think we willing to pay the cost kot. Dh tau system nie problem knp masih nk truskn? Kate ade penmbahbaikan? Celah mn? Mcm lg truk ade lah. Kot ye pon nk tapis calon. Takyah ler pggl reramai buat exam. Gilo btl. Rasenye staff spa nie smua PROFESIONAL class 1. Tp tk tau ape rasional dorg suke pisang berbuah berkali-kali. Last but not lease. You are not helping you are touturing us aka MALAYSIAN people like you!
ReplyDeletespa x mempunyai server yg bagus...sama mcm aku ms amik exam w27 penolong kastam, 2 kali amik...1st lsg x bleh bk,pastu dapat ulangan lepas 3 hr rsnya, boleh buka bhg 1 jer..pastu hang smpai habis ms...apadaaaa....lepas tu dapat keputusan dukacita anda gagal...bengongggggggggggggggg...........
ReplyDelete1- mula lambat : waktu sebenar 9am, tp lebih kurang 9.30am baru mula. bila dapat paparan mesti dah 5-10 minit masa berlalu. kawan sy lagi la pkul 2pm baru start..guane gamoknye spa??
ReplyDelete2- dh jawab semua tp tak semua diterima oleh spa : sy jwb pertama kali warna hijau ( jwpn diterima), bila semak/buka balik soalan tersebut, warna bertukar coklat(perlu jwb semula)..bila dh jwb semula tak tukar hijau balik..ishh bengang la, dh la jwpn yg sy yakin betul! bkn 1,2 tp banyakkkk yg jd mcm tu!! yg sy ingat seksyen B, 29 je dijwb..seksyen C, 197 je..seksyen A xperasan berapa pulak..padahal sy dh jwb semuaaaaa kot...dok keluar ERROR ERROR ERROR!!!
3- takde gambar/ teks : soalan matematik berdasarkan gmbar rajah tp mana pulak pegi gambarnye spa ooiii...puas aku imagine guane rupa gambar tu..haha
harap pihak spa buatlah penambahbaikan sebaik-baiknya..sbb pd saya exam online ni mmg idea yg bagus. effective & efficient. tp jgn sampai menyusahkan calon..ok bai!
Waalaikumussalam..
ReplyDeleteSaya dapat menjawab tetapi sistem terganggu juga. Saya cuba masuk sistem dari 8.30 pagi dan terus menunggu hingga jam 9, sistem terlogout sendiri. Selepas itu, saya cuba menggunakan ipad, baru boleh. Maybe sebab laptop saya dah lama. Jadi, slow.
Masalah lain
1. Soalan jawab sepenuhnya , Tetapi didalam sistem masih ada yang belum dijawab
2. Ada gambarajah yang tak dapat dilihat
3. Sistem terlogout sendiri.
4. Masa untuk bahagian B (Soalan Maths) tak relevan. Mungkin perlu jadikan sekurang2nya 60 minit.
Saya juga dah buat aduan di spa semalam.
BTW, Terima kasih ohkerjakosong4u atas tips untuk exam Penguasa Kastam W41.