Thursday, March 19

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) telah mengumumkan di dalam laman web rasmi mereka, di mana mereka bakal mengadakan peperiksaan Pegawai Psikologi S41 pada 25 March 2014 ini.

Kepada bakal calon yang bakal menghadapi peperiksaan pada kali ini, saya bercadang untuk memberikan sedikit tips berkenaan dengan peperiksaan pada kali ini.


Pegawai Psikologi S41

Apakah itu Pegawai Psikologi S41?

Setiap kementerian, jabatan kerajaan mempunyai pegawai psikologi yang tersendiri. Ia telah diwujudkan sejak tahun 1992 di bawah seliaan unit psikologi dan kaunseling. Pada saya, jika inginkan kerjaya yang mencabar, pegawai psikologi adalah salah satu daripada nya, terutama jika menjadi pegawai psikologi untuk kementerian pendidikan, kementerian dalam negeri dan kementerian kesihatan yang mempunyai kadar workload yang banyak dan kerap mengalasi stress ketika bekerja.

Maklumat berkenaan dengan jawatan S41 boleh didapati di --> Laman SPA INI.

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Bermula pada tahun 2014, pihak SPA telah mengadakan peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Psikologi S41 ini.

Berikut adalah format peperiksaan online tersebut

Bahagian A : Pengetahuan AM

Bahagian B : Penyelesaian masalah

Bahagian C : Ujian psikometrix

Boleh rujuk youtube video di bawah untuk Panduan Format Peperiksaan S41 bagi calon yang terlibat 25 March 2015 ini.


Format soalan Bahagian A : Pengetahuan AM

Soalan untuk peperiksaan pegawai Psikologi S41 pada bahagian A adalah merupakan soalan yang berkaitan dengan bidang Psikologi. Maklumat-maklumat seperti pengertian psikologi, kaunseling, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai jabatan psikologi dan kaunseling. Calon juga perlu tahu serba sedikit berkenaan dengan objektif, misi dan visi unit kounseling ditubuhkan.

Tidak lupa juga kepada calon untuk melengkapkan diri dengan Lengkapkan diri dengan info-info semasa mengenai Malaysia. Seperti akta-akta yang berkaitan, kementerian yang terlibat, dasar-dasar kerajaan juga tidak dilupakan, menteri yang sedang menjawat jawatan di Putrajaya sekarang. Selain itu, calon juga perlu tahun akan perkembangan berita dan teknologi semasa, isu-isu yang berkaitan dengan Malysia dan banyak lagi.

Terlalu banyak yang ingin dipelajari, jangan risau, dapatkan contoh soalan secara PERCUMA di akhir artikel ini khusus untul calon yang bakal menghadapi peperiksaan 25 March ini.

Format soalan Bahagian B : Penyelesaian masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan. Persediaan untuk bahagian ini ialah anda boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah.Seperti ujian IQ, soalan-soalan matematik seperti dalam SPM dan banyak lagi. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Mahukan contoh soalan secara PERCUMA, tunggu sehingga akhir post ini dan daftar email kepada kami.

Format soalan Bahagian C : Ujian Psikometrik

Ini lebih kepada tips untuk menjawab soalan ujian Psikometrik. Apa yang anda perlu lakukan adalah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Mudah bukan!

Bonus Untuk Calon!

Sebagai bonus, kami memberikan contoh soalan PERCUMA kepada calon Pegawai Psikologi S41 untuk menghadapi ujian 25 March 2015 ini.

Caranya, berikan email anda dibawah dan sahkan email anda. Pastikan anda menggunakan email yang betul dan sahkan email anda. Cukup mudah, saya akan menghantar contoh soalan selepas itu.

Berikan Email anda di Ruangan Bawah!!



Kepada calon, selamat menjawab.







Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates