Friday, September 22

Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara A41/A29 yang anda perlu tahu

Tidak lama lagi akan diadakan peperiksaan online Jabatan Perkhitmatan Awam untuk jawatan Pegawai Trafik Kawalan Udara A41 dan Penolong Pegawai A29 yang akan diadakan secara online. Jika anda merupakan seorang calon, boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan jawatan ini di SINI.

Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa info berkenaan dengan jawatan dan tugas yang anda perlu lakukan jika anda menjawat jawatan Pegawai Trafik Kawalan Udara ini. Dari situ anda boleh tahu sama ada bidang ini bersesuaian dengan anda ataupun sebaliknya. Juga berkenaan dengan tangga gaji dan kelebihan lain yang anda boleh dapatkan sebagai seorang penjawat awam. Memang penjawat awam ini banyak kelebihan dan kali ini, kami akan berikan beberapa kelebihan yang anda boleh dapatkan.

Tugas Yang Anda Perlu Tahu

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

Sumber : SINI

Ini adalah bidang tugas yang dinyatakan dalam deskripsi tugas oleh jabatan perkhitmatan awam. Anda boleh lihat pada link di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan info ini.

Apapun, jika anda bakal menghadapi peperiksaan online untuk jawatan ini, kami galakkan untuk anda dapatkan contoh soalan percuma di link bawah ini;

>>KLIK Untuk Dapatkan Contoh Soalan Percuma<<

Perlu diingatkan yang, ianya bukan soalan bocor, tetapi lebih kepada latih tubi yang anda boleh lakukan dan juga nota-nota penting berkenaan dengan jawatan ini. Anda boleh dapatkan dan belajar daripada nota yang ada ini untuk sukses dalam peperiksaan yang bakal anda hadapi nanti.

Tugas Yang Anda Perlu Tahu

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan jawatan ini adalah, ianya mengawal kawalan trafik udara keluar masuk dariapda lapangan terbang yang ada di seluruh Malaysia. Dimana ada lapangan terbang, disitu diperlukan pusat kawalan udara ini. Tidak semestinya lapangan terbang komersial seperti KLIA dan lain-lain, lapangan terbang Tentera Udara Di Raja Malaysia juga memerlukan anda untuk mempunyai kawalan udara yang tersendiri. Disitu peluang yang bakal anda perolehi untuk berkhidmatan di tempat-tempat ini jika anda berminat dengan jawatan ini.

Memang tidak dinafikan yang pekerjaan ini agak lasak dan memerlukan seseorang itu untuk bertugas siang dan malam. Kerana waktu malam pun, banyak sahaja kapal yang datang untuk mendarat. Kerja ini tidaklah mudah, tetapi sesuai kepada mereka yang inginkan cabaran dan minat dengan dunia kapal terbang. Kalau jawatan ini sesuai dengan anda, boleh cuba jawab soalan online yang diberikan dan jika berjaya, barulah mendapat tempat untuk jawatan ini.

Antara skop tugas untuk jawatan Pegawai dan Penolong Pegawai adalah;

  • berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
  • memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
  • mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
  • memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
  • memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
  • menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.

Jika anda berminat, teruskan usaha dan jangan mengalah. Mencuba sehingga anda mendapat jawatan ini. Apapun, boleh dapatkan contoh soalan di email yang terdapat pada bahagian atas tadi. Apapun, semoga berjaya dalam bidang yang anda ceburi.

The post Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara A41/A29 yang anda perlu tahu appeared first on Myportal21.


via Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara A41/A29 yang anda perlu tahu

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates