Friday, March 2

Potongan Cukai Berjadual PCB – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Cukai merupakan suatu kemestian bagi mereka yang makan gaji ataupun yang mempunyai punca pendapatan tersendiri. Memang setiap rakyat Malaysia yang bekerja perlu untuk “declare” cukai pendapatan mereka sebelum 1 April setiap tahu. Macam mana nak declare pada setiap tahun itu, anda boleh lakukan di laman web jabatan hasil.

Bagi yang makan gaji pula, memang antara perkara yang sering ditinggu setiap bulan adalah duit gaji yang masuk ke dalam akaun bank kita. Ya, duit gaji inilah yang sering ditunggu-tunggu. Pastinya, dengan duit gaji ini, anda boleh berikan sedikit kepada anak dan isteri dan juga kepada yang layak, pastinya akan ada Potongan Cukai Berjadual di dalam slip gaji anda. Khusus untuk itu, kali ini, kami akan berikan lebih banyak info berkenaan dengan PCB ini dan seterusnya tips untuk kurangkan cukai yang anda kena bayar. Kerajaan memang menyediakan pelbagai cara untuk anda mengurangkan jumlah cukai yang anda kena bayar pada setiap bulan.

Apa Itu PCB?

Sebelum pergi lebih jauh, tentunya anda sering tertanya-tanya apa itu Potongan Cukai Berjadual? Untuk info, ianya adalah;

“PCB adalah satu mekanisma yang membolahkan kita sebagai rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan secara ansuran setiap bulan”

Jika tidak dilakukan secara bulanan, memang kena buat bayaran sekaligus setiap tahun dan ini pastinya akan menyusahkan anda apabila terpaksa membayar untuk satu jumlah yang banyak. Untuk memudahkan anda, adalah lebih baik untuk anda membuat bayaran setiap bulan.

Cara Kurangkan Cukai Pendapatan

Tentu anda nak tahu kan cara untuk kurangkan cukai pendapatan anda. Kalau boleh memang setiap orang nak bayar cukai seminima mungkin dan ada sesetengah itu beranggapan untuk salurkan kepada perkara-perkara yang baik seperti bayaran zakat, pendidikan anak-anak dan juga alat senaman dan sukan. Semua ini dibolehkan, apapun, pada kesempatan ini, kami ingin berkongsi kepada anda artikel INI. Ianya khusus untuk anda yang ingin mengurangkan cukai pendapatan anda dengan beberapa kaedah yang mudah dan berkesan.

Kalau syarikat anda boleh membuat potongan bayaran zakat, boleh daftar dengan syarikat anda. Kerana kalau syarikat anda tidak membuat potongan zakat, anda masih perlu membayar zakat pada setiap bulan dan “claim” pada akhir tahun, maksudnya kena buat bayaran sebanyak 2 kali iaitu PCB dan juga zakat. Untuk buat bayaran zakat ini pun sekarang ini tidaklah terlalu sukar, kerana adanya aplikasi online seperti Maybank2u dan aplikasi CIMB secara online. Semuanya anda boleh lakukan secara online.

Pendapatan Yang DiKenakan Cukai

Antara pendapatan yang perlu untuk dikenakan cukai adalah gaji, elaun, kerja lebih masa, bonus, ganjaran, skill, pampasan dan lain-lain. Senang cerita, semua yang keluar pada slip gaji anda adalah apa yang dikenakan zakat.

Cara Kira Cukai Berjadual

Nak kira berapa jumlah cukai yang dikenakan setiap bulan tidak susah dan ianya sangat mudah. Boleh tengok PDF di bawah ini dan ianya menerangkan banyak perkara berkenaan dengan potongan cukai ini.

Dengan jadual yang disediakan ini, kita boleh tahu adakah cukai yang dikenakan kepada kita ini selari dengan jadual yang disediakan oleh majikan. Mana tahu majikan anda silap dan adalah lebih baik untuk membuat aduan kepada majikan anda berkenaan dengan masalah ini.

The post Potongan Cukai Berjadual PCB – Apa Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Myportal21.


via Potongan Cukai Berjadual PCB – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Share This!


1 comment:

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates