Sunday, May 11

3 Tempat Borong Tudung dan Baju TERMURAH!

Anda ingin menjalankan perniagaan secara online kecil-kecilan, ataupun memborong baju rewang di kampung halaman, atau cuba ingin mencari supplier butik anda. Ternyata anda berada di tempat yang betul!

Tempahan baju kurung anda dengan Mak Cik Bedah si tukang jahit sangat mahal, jadi apa salahnya jika anda mencari baju kurung yang sudah siap untuk dipakai sahaja. Borong baju raya dan tudung raya secara habis-habisan. Kemudian jual di pasar malam.

Jika anda ingin mencari tempat menjual baju kurung, baju raya, baju kebaya, baju Melayu, ataupun mencari tudung yang murah-murah, apa kata jika anda pergi ke 3 Tempat ini. Pasti puas hati, ketiga-tiga tempat ini menjual pakaian dan tudung di bawah harga pasaran!

Betul ke? Kat mana tu?

3 Tempat Borong Tudung dan Baju TERMURAH!
suasana Kenangan Wholesale City
1. Tempat borong yang wajib anda tahu adalah Kenanga Wholesale City. Tempat yang terdiri daripada shopping mall dan bangunan kedai di luar shopping mall. Memang syurga memborong! Tetapi ada peraturannya, tiada tempat di sana yang anda boleh beli 1, paling kurang anda beli 3. Cuba bayangkan harga sehelai tudung RM25, tetapi jika anda beli 3 harga boleh turun jadi RM19 sehelai, jika beli lagi banyak, lagi banyak yang boleh turun. Sememangnya syurga borong terbaik.

2. Tempat memborong murah seterusnya adalah GM Klang. Agak berbeza dengan Kenanga Wholesale City, GM Klang menjual aneka produk tidak terhad kepada pakaian dan tudung semata-mata. Perabut dan mainan turut dijual di GM Klang. Tidak terhad kepada borong sahaja, boleh juga beli satu, jika beli lebih boleh minta harga murah, pastinya lebih murah daripada harga pasaran.

3 Tempat Borong Tudung dan Baju TERMURAH!

Borong Murah di GM Klang
suasana memborong di GM Klang

3. Jalan Masjid India merupakan tempat yang bagus untuk memborong baju. Kebanyakan penjual di sini membeli produk dari China, Indonesia dan Vietnam. Baju Muslimah, aneka jubah dan tudung boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Kadangkala lebih murah daripada Kenanga Wholesale City atau GM Klang. Apapun boleh cuba dulu untuk dapatkan kepastian.

Memborong di Masjid India
suasana di Masjid India
Jika anda serious untuk menjalankan perniagaan secara online, 3 tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Kemudian boleh menjual semula di butik anda ataupun di pasar-pasar malam. Jika anda mempunyai jumlah modal yang besar, destinasi borong pilihan adalah Vietnam, China dan Bandung.

Berapa besar modal tu?

Jika mempunyai rm4000 sebagai modal, sangat selesa untuk memborong di Vietnam, bandung atau China. Untuk yang baru hendak bertapak dan bermula, boleh survey 3 tempat di atas untuk maklumat lanjut ye.

Vietnam, China dan Bandung menawarkan harga yang JAUH... Jauhhh lebih murah, tetapi perlu modal yang besar sedikit.

3 Tempat popular memborong sudah anda tahu, seterusnya, cuba survey sendiri di sana. Jika anda baru hendak bermula untuk berniaga jual tudung secara online, atau sudah ada butik atau tempat berniaga sendiri sama ada di facebook page atau blog sendiri, dan pastinya ingin mengembangkan perniagaan tudung anda, ebook Rahsia business Tudung ini pastinya boleh membantu anda untuk pergi lebih jauh dalam perniagaan runcit dan borong ini.



"Saya tidak berminat dengan Tudung, tapi lebih berminat dengan baju, emmm.... yelah, baju kurung, kebaya, melayu, baju budak" Macam mana pula tu.

Mungkin anda bertanya begitu, Jika anda baru hendak bermula, ataupun sudahpun bermula tetapi tidak mendapat pulangan yang memberangsangkan, atau sudah dapat pulangan yang hebat, tetapi ingin pergi lebih jauh lagi, ebook ini untuk anda ->Buat Duit Dengan Business Baju Kurung. Ianya tiada kaitan dengan jahitan, tiada kaitan dengan upah kepada Mak Cik Bedah si tukang jahit, tetapi adalah perniagaan borong. Siap dengan video ini pastinya membantu anda. Yang menjual adalah lelaki dan bukan perempuan ye. Produk ini memang agak mahal sedikit tetapi saya yakin, jika anda ingin pergi lebih jauh, ingin kembangkan perniagaan anda Buat Duit Dengan Business Baju Kurung memang untuk anda.

Share This!


3 comments:

  1. Siapa yg selalu memborong blouse di gm/kenanga bole share no contact pekedai tu x? Act saya bmnat nk mmbeli secara borong online. Sbb x bksmpatan lg untk kesana. Ws saya 0197485212. Tq.

    ReplyDelete
  2. GM Klang tu dekat blok mana ye dear? boleh tahu tak?

    ReplyDelete
  3. Klu NK borong kt vietnam,china n Bandung MCM mna plk Caranya..

    ReplyDelete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates