Monday, May 19
Cara Penjual Burger Lariskan Jualan
Sekarang terlalu ramai yang mula menjual burger, ada yang buka kedai burger tak sampai sebulan dah tutup. Ada yang bila melihat orang lain buka kedai burger di satu kawasan, tak lama selepas itu, ada lah yang buka di tempat yang sama juga. Perkara seperti ini sering berlaku, terutama dalam perniagaan menjual burger. Tetapi, apa yang penjual burger perlu lakukan untuk melariskan jualan?
Lumrah perniagaan memang ada persaingan!
Anda memang perlu bersaing dalam kehidupan, dalam perniagaan, dalam kerjaya, walaupun dalam perniagaan menjual burger. Perancangan, strategi, keunikan dan gaya tersendiri membolehkan anda kekal untuk terus bersaing.
Justeru, apa yang penjual burger perlu lakukan untuk melariskan jualan mereka?
Pertama pastinya rasa yang sedap, rasa yang sedap mampu melariskan jualan burger. Jangan kedekut untuk mencuba resepi burger, roti yang lebih enak, dan aneka sayur dalam burger yang anda sedang cuba. ditambah lagi dengan mayonis dan bermacam perisa lain. Burger yang sedap adalah faktor utama dalam melariskan jualan burger.
Harga, ya harga yang kena dengan burger yang anda tawarkan. Pastikan berpatutan dan biar pelanggan puas hati dengan burger yang anda tawarkan.
Faktor seterusnya adalah lokasi, di mana tempat untuk anda menjual burger anda, dekat dengan sekolah, tempat parking, atau macam-macam tempat lagi, pastikan tempat yang anda ingin mulakan perniagaan burger anda adalah strategik. Perkara ini diterang lebih lanjut dalam Panduan Rahsia Business Burger ini.
Itulah serba sedikit cara untuk melariskan jualan burger. Pastikan anda kenal dengan pesaing anda, dan teruskan menimba ilmu dalam perniagaan burger. Sekali sekala cuba ambil kursus Dr Azizan Osman untuk membina motivasi dan rangkaian perniagaan burger.
Ataupun anda boleh cuba dengan Panduan Business Burger ini, ditulis daripada orang yang berpengalaman dalam perniagaan Burger, beliau pasti boleh membantu. Dapatkan ebook Rahsia Busines Burger. Ianya sangat membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan burger.
Share This!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suka makan nak kalau perut terasa lapar memang nak cari menu yang segera dna cepat sahaja
ReplyDeletesememangnya yang cepat dan pantas itulah yang terbaik.
Delete