Saturday, June 28

Tips Apartment Kecil Nampak Luas dengan Hiasan Dalaman

Sekarang ni, bagi mereka yang duduk di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, harga rumah menjadi semakin mahal. Walaupun keluasan 1000sqf pun berharga sehingga rm500k. Jadi, mahu tidak mahu, terpaksalah membeli unit apartment yang lebih kecil dengan harga yang mampu dimiliki. Kesudahannya, apartment studio berkeluasan 400sqf, berharga rm300k pun dibeli. Lainlah jika anda tak kisah untuk membeli rumah lelong atau rumah terpakai.



Apabila dah terbeli rumah yang kecil, salah satu cabaran adalah untuk mengemaskini hiasan dalaman agar rumah yang kecil nampak luas. Macam mana nak buat tu?

Tidak susah, semua pun perlukan ilmu hiasan dalaman, dengan ilmu yang betul, anda boleh buat perkara seperti itu dengan mudah sekali. Sedikit tips daripada saya kerana saya pun sedang dalam proses untuk membeli rumah bersaiz kecil. Maklumlah, duduk di bandar JB ni rumah mahal, jadi unit yang kecil saya ubahsuai juga. Ilmu ini saya dapat hasil daripada pemerhatian saya sendiri, pembacaan, tanya kawan-kawan dan lain-lain ye.


Rahsia Hias Ruang Yang Kecil

Pilih warna tema rumah dahulu sebelum membeli perabut, gambarkan dalam minda warna tema dan cat rumah berdasarkan kepada warna tema tersebut. Pilihan warna tema yang lembut. Kalau anda pandai pilih dan adunkan warna ni, rumah anda yang kecil akan kelihatan luas. Warna yang sesuai untuk jadi pilihan adalah, putih, krim, hijau muda atau biru langit. Sementara warna yang tidak digalakkan adalah warna-warna gelap seperti hitam, biru gelap, atau perang tua.



Jangan sangka kalau guna perabot kecil kita boleh jimatkan ruang. Sebaliknya ia akan menyempitkan lagi ruang rumah kita kerana terpaksa menggunakan banyak perabot kecil tersebut. Seeloknya, gunakan perabot besar tetapi mempunyai ‘compartment’ yang banyak. Ini dapat menjimatkan penggunaan perabot sekaligus menjadikan ruang rumah kita bertambah luas.

Gunakan cermin untuk membuatkan rumah yang kecil kelihatan besar dan luas. Cermin menjadi faktor Psikologi untuk rumah yang sempit dan kecil kelihatan luas.

Teknik pencahayaan yang baik juga penting. Teknik pencahayaan yang baik juga boleh menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas. Elakkan dari menggunakan langsir yang berwarna gelap atau tidak telus cahaya.



Gantung hiasan atau lukisan yang besar di rumah anda. Rahsianya, lukisan yang besar membuatkan dinding rumah yang kecil kelihatan besar dan menampakkan rumah yang anda diami itu luas.





Unsur hijau seperti tumbuhan juga membuatkan rumah yang anda diamai lebih segar dan menjadikan elemen hidupan dalam rumah. 



Jadi, tak perlu untuk rumah yang besar, rumah yang kecil pun boleh kelihatan besar dengan tips yang saya berikan di atas.

Untuk tips yang lebih profesional berkenaan dengan hiasan dalaman boleh rujuk Panduan Dekorasi Rumah INI.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates