Thursday, July 17

Tips Penjagaan Kereta sebelum balik beraya di Kampung

Tidak lama lagi syawal bakal menjelma, pastinya ramai yang akan balik ke kampung halaman berhari raya di sana. Banyak persiapan yang perlu diberikan perhatian, persiapan rumah untuk cantik di hari raya, persiapan kuih raya, dan persiapan yang tidak pentingnya juga adalah persiapan kenderaan untuk pulang ke kampung yang jauh.



Susah ke sebenaynya untuk menjaga kereta?

Tidak susah sebenarnya, penjagaan kereta tidak terhad kepada basuh kereta supaya ianya kelihatan cantik, antara lainnya adalah mengekalkan jangka hayat kereta agar dapat digunakan untuk satu tempoh yang lama.

Kegagalan Menjaga Kereta



Apa sebab gagal menjaga kereta, antaranya adalah disebabkan kurang ilmu pengetahuan berkenaan dengan penjagaan kereta. Tidak kira lelaki dan perempuan, antara masalah yang mudah adalah, tidak servis kereta setelah tiba kilometer yang ditetapkan, tidak pernah atau tidak pandai mengepam tayar di stesyen minyak.

Gagal pam tayar menyebabkan pemanduan tidak lancar dan lebih banyak minyak digunakan dalam perjalanan kita itu.

Jadi, jom kita jaga kereta kita ye, penat bayar mahal-mahal, jika kita jaga kereta kita dengan betul, bukan sahaja jangka hayat lebih lama, malahan, kita dapat jimat duit untuk membayar kos-kos lain yang tidak perlu.

Antara perkara yang perlu diketahui dalam penjagaan kereta;

1. Sebab mengapa enjin sukar dihidupkan
2. Mengapa bateri kereta cepat lemah
3. Jangka masa penggunaan tayar, dan bila masanya tayar perlu di ganti. Tayar sangat penting untuk berjalan jauh, jika tayar botak, boleh menyebabkan nyawa terkorban.
4. Kehadiran bunyi-bunyi yang tidak diingini.

Macam leceh, tetapi sebenarnya tidak, jika anda ada ilmu yang betul untuk menjaga kereta. Penjagaan yang rapi akan menjimatkan duit untuk servis kereta setiap bulan.




Betul sungguh, mungkin anda tidak percaya, jika anda sayangkan kereta anda, tanamkanlah ilmu penjagaan kereta agar boleh digunakan untuk satu tempoh masa yang lama.


 
Memang tidak dinafikan, kereta di Malaysia adalah kedua termahal di dunia, boleh rujuk SINI untuk fakta ini. Disebabkan kita membayar mahal untuk kereta kita, jadi kita berharap untuk itu juga, kita dapat menjaga kereta kita dengan baik.

Berhempas pulas jika nak beli kereta, terpaksa meminjam bank untuk tempoh pinjaman 9 tahun... Itu perkara biasa di Malaysia, tetapi tidak di luar negara lainnya.

Saya patut belikan isteri saya Tips Penjagaan Kereta ini supaya mudah untuk orang perempuan menjaga kereta. Saya juga perlukannya untuk menjaga kereta. Terutama kalau nak balik kampung yang jarak perjalanan sehingga 8 jam ini.


Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates