Tahun 2014 sangat mencabar terutama apabila kos sara hidup semakin meningkat!
Minyak naik!
Makanan Naik!
Gula naik!
Dan yang paling ketara adalah Harga rumah naik!
Teknik kali ini adalah bagaimana untuk menjana income tambahan melalui pelaburan hartanah khusus untuk Malaysia Property.
Strategi Pelaburan Hartanah
Hari ini saya akan bongkarkan teknik atau tips pelaburan hartanah secara padat dan ringkas untuk Malaysia Property.
Antara strategi pelaburan hartanah yang biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah
1. Beli Jual Semua atau dalam istilah lain (flipping). Sila pastikan jika setelah menjual semula, anda mendapat keuntungan berganda-ganda walaupun selepas ditolak cukai RPGT. Jangan lupa pengecualian cukai kali pertama RPGT :)
2. Beli kemudian sewakan (keep). Sila pastikan harga pasaran sewaan sebelum membeli rumah untuk tujuan ini. Contoh, harga installment bulanan rm700, sewa pasaran rm1000. Jika jadi begini, ambil saja rumah ini. :)
3. Sewa daripada A kemudian sewakan kepada B, sewa atas sewa atau (sublet). Anda menyewa daripada tuan rumah asal rm500 kemudian sewakan kepada orang lain rm800. Keuntungan rm300 atas angin. Biasanya sangat popular di kawasan yang mempunyai ramai pelajar seperti kawan universiti dan lain-lain.
4. Beli kemudian jadikan homestay, pun boleh jadi.
Inilah antara strategi yang biasa digunakan bagi pelaburan hartanah.
Namun suka saya mengingatkan yang pelaburan hartanah ini hanyalah untuk mereka yang mempunyai pendapatan tetap, ada slip gaji setiap bulan, atau bagi yang bekerja sendiri, ada pendapatan masuk dalam akaun bank selama 6 bulan. Jika tiada lagi, anda mungkin boleh cuba menjana income dari rumah atau kerja dari rumah dengan teknik DI SINI. Jika anda tiada income tetap, anda mungkin boleh mencari alternatif lain tetapi tidak dengan pelaburan hartanah.
Strategi di atas sangat mudah. Tetapi bagaimana mencari rumah yang mempunyai harga yang murah kemudian boleh digunakan untuk tujuan pelaburan lainnya.
Yang pertama pastinya adalah rumah lelong. Tetapi awas, rumah lelong ada perangkapnya yang patut pelabur tahu.Terutama sekali apabila adanya kaveat, siapa yang akan membayar duit tunggakan sama ada pihak bank atau penyewa asal, ataupun sama ada rumah itu masih berpenghuni ataupun sudah lama ditinggalkan. Pastinya jangan tekan link ini jika anda tidak ingin mengetahui apa itu rahsia pendapatan lumayan dengan rumah lelong. Jika kena caranya rumah lelong boleh menjadi pelaburan yang sangat baik. Tapi anda kena ada cash lah ye, paling kurang 10% daripada harga lelongan :)
Bagaimana jika tiada cash yang banyak?
Jika tiada cash yang banyak, anda bolehlah mempraktikkan teknik pelaburan hartanah tanpa modal.
Caranya teorinya mudah sahaja, beli rumah di bawah Market Value, sebagai contoh.
Harga Market Value : rm100k
Harga Jualan : rm80k
Jumlah pinjaman 90% daripada Market Value : 90% x rm100k = 90k
rm90k ditolak dengan rm80k menjadi rm10k. Ya rm 10k dalam tangan.
Tak faham? Beli buku → INI untuk memahami dengan lebih lanjut.
Pasti sahaja pelaburan hartanah boleh manjadi pelaburan yang menguntungkan di saat kita menghadapi kegilaan kenaikan harga barang. Paling tidak, harga rumah akan naik bersama dengan harga barang. Kerja dari rumah juga merupakan satu alternatif yang baik. :)
Jika anda sudah mempunyai rumah, ini mungkin boleh mengurangkan installment bulanan rumah anda.
No comments:
Post a Comment