Saturday, March 22
Buat Duit Dengan Menulis
Di masa ekonomi yang tidak menentu ini, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan. Blog ohkerjakosong4u yang bertemakan informasi kerja kosong juga menerima trafik yang semakin tinggi setiap hari. Semuanya gara-gara ramainya yang ingin mencari info kerja kosong terkini terutama sektor kerajaan dan pelbagai sektor lain.
Ada juga pengunjung yang datang dengan tujuan untuk mencari tips pendapatan sampingan. Kini terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan sampingan. Kali ini, saya ingin mengesorkan cara yang paling menarik yang mungkin bermula scara part time kemudian jika sudah stabil, menjadi sepenuh masa. Apakah cara itu?
Ya, itulah dia cara buat duit dengan menulis. Menulis sudah mula menjadi satu kerjaya dan menulis tidak terhad kepada buku-buku yang kita lihat di pasaran itu sahaja. Skop penulisan terlalu besar dan terdiri daripada menulis blog, menulis ebook, menulis di majalah, jadi penulis jemputan dan lain-lain. Semua ini boleh jadi satu kerjaya yang lumayan. Lihat sahaja penulis hebat seperti J.K Rowling dengan buku Harry Porter nya yang meletup satu ketika dulu. Penulis seperti J.K Rowling mendapat komisyen untuk setiap buku yang terjual, bayangkan jika buku beliau terjual di seluruh dunia. Hebat kan :)
Tidak kurang hebatnya penulis tempatan dari pelbagai bidang, juga penulis ebook tempatan yang sudah menempa nama, dan tidak dilupakan penulis blog yang berjaya menjadikan blog mereka mendapat kunjungan yang ramai. Semua itu dikaitkan dengan teknik dalam menulis dan berbagai teknik lain lagi.
Mereka boleh, kenapa anda tidak? Jika anda mahir dalam kekeluargaan dan cerita motivasi, anda bolehlah menulis sesuatu tentangnya, dan pastikan penulisan kita itu memberi makna kepada pembaca.
Apakah ciri-ciri utama untuk menjadi penulis yang berjaya?
1. Mestilah mempunyai MINAT menulis yang tinggi dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Pastinya minat mengatasi bakat, bakat dan stail penulisan boleh di asah, tetapi minat itu datang dari dalam diri sendiri. Jika tiada minat? Bolehlah mula membina minat, caranya? huhu, carilah sendiri.
2. Rajin membaca, anda perlu banyak membaca untuk menghasilkan satu penulisan yang baik. Teruskan membaca, membaca, membaca dan barulah menulis untuk menjadi idea hebat. Inilah nasihat A. Samad Said kepada Faisal Tehrani saat Faisal Tehrani berminat untuk menjadi penulis. Jadi kepada anda, teruskan membaca, dan baca bahan bacaan yang berkualiti.
3. Cari idea baru, macam mana nak cari idea baru? salah satunya adalah dengan membaca, jadi berbalik kepada tips no 2, teruskan membaca ye :)
Saya ada kesemua ciri-ciri itu, bagaimana langkah seterusnya?
Langkah seterusnya adalah kita ambil tindakan, keinginan tanpa tindakan hanya akan menghasilkan harapan yang tidak berkesudahan. Jadi ambil tindapan untuk menghasilkan sesuatu, boleh sahaja bermula dengan penghasilkan blog yang hebat, boleh sahaja bermula dengan blogspot jika tiada modal yang besar.
Jika anda pergi ke kedai buku, boleh juga dapatkan buku "Tips menjadi penulis bestseller - Zamri Mohamad"
Jom kita jadikan menulis sebagai salah satu kerjaya sampingan kita.
Saya juga sedang mempelajari perkara yang sama.
Share This!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment