Friday, May 9

Jahit Sendiri Baju Raya Anda

Jahit Sendiri Baju Raya Anda

Apabila terkenang hari raya, ramai yang ingin bersuka ria, menyambut lebaran mulia, yang ditunggu bersama, tetapi terlupa tempah baju raya, ceria bertukar jadi duka cita, apatah lagi jika tidak pandai jahit sendiri baju raya.

Butik jahitan tidak terima, mood ceria bertukar hampa, kenapa aku terlupa, tempah baju raya.

Begitulah, kisah suka duka sebelum raya, bagi yang lelaki tidak mengapa, masih boleh mengenakan baju raya tahun lepas apabila butik pakaian tidak lagi menerima tempahan. Kerana lelaki selalunya hanya sepasang Baju Melayu, seluar dan baju, samping dan songkok sebagai penyeri hari raya pertama.

Tetapi tidak bagi perempuan, baju paling kurang 3 pasang, ketika hari raya pakai baju tahun lepas, habis dikata seantero dunia nanti. Eheh...

Biasanya, tempahan Baju Kurung Raya, Baju Kurong Moden, Kebaya, Baju Riau dan aneka jenis baju sudah ditutup sewaktu bulan ramadhan lagi. Jika terdesak ingin menempah baju raya. Kemungkinan tidak dilayan atau tukang jahit ambil kesempatan mengenakan harga lebih tinggi. Paling teruk, ketika 5 hari sebelum hari raya, tiba-tiba anda dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali,

"Assalamualaikum cik Siti, saya nak mintak maaf, 3 pasang baju yang cik Siti mintak saya jahitkan baju tu saya tak sempat nak siapkan. Saya mintak maaf banyak-banyak. Nanti saya bank in pada cik siti deposit baju, atau cik siti tunggu lepas raya baru saya siapkan"

Macam mana? Pasti menangis tak berlagu. Mungkin anda akan kata "Mak Cik Bedah si tukang jahit itu tak menepati janji, janji hanya tinggal janji" Namun apakan daya nasi telah jadi bubur. Marah macam mana pun, baju tetap tak siap, kena lah pakai baju raya tahun lepas.

Sewaktu tidak terdesak ini, mungkin orang perempuan pun cuba ambil masa untuk belajar menjahit. Jahit baju susah ke? Ianya kemahiran dan ianya tidak susah, yang penting ada tekad dan semangat untuk belajar pasti boleh.

Untuk raya, mungkin anda boleh jahit sendiri baju kurung raya anda, itu lebih mudah. Ada banyak kursus kemahiran di luar sana. Pilih je, yang penting mahukan komitmen daripada anda.

"Alaaa, nanti terlepas la telenovela kegemaran Mak Cik Kiah" Kata Mak CIk Kiah selepas disuruh belajar menjahit.

Macam-macam alasan, telenovela, korea, K-POP dan lain-lain. Kalau malas sangat cuba dapatkan Panduan Menjahit Baju Kurung ini, ebook je pun, lepas tu print siap-siap, baca lah sambil buat kuih raya dan tengok Telenovela kegemaran Mak Cik tu.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates