Tuesday, May 6

Jimat duit dengan Jahit Sendiri Baju Kurung Anda

Upah menjahit baju sahaja sudah mencecah Rm70 sepasang, terutama di bandar-bandar besar. Bergantung kepada baju, ada yang lagi mahal dan murah. Angka Rm70 itu dijangka meningkat dari tahun ke tahun terutama jika GST bakal diperkenalkan. Upah jahit baju pun akan dikenakan tax siap-siap. Ouch barang naik.


Jimat duit dengan Jahit Sendiri Baju Kurung Anda

"Nak jimat duit punya pasal, jahitlah sendiri baju kurung  anda, jahit sendiri baju melayu suami, baju anak-anak, puas hati" Anda berasa begitu, saya pun.

Mana nak dapat baju murah, atau tempahan baju yang murah-murah?

"Bukan mak cik tak nak bagi murah, mak cik pun ada anak, nak hantar ke sekolah, harga pensil naik, bil elektrik dan air naik, jadi makcik pun terpaksalah naikkan upah tempahan baju" Kata Mak CIk Bedah si tukang jahit kepada Siti.

Tertekan Siti, Tapiii "Apa yang mak cik bedah cakap itu memang ada betulnya, semua barang naik, nak buat macam mana" Bisik siti ketika menunggu Mak CIk Bedah si Tukang Jahit mengukur baju kurung yang ditempah.

Saya percaya, bukan Siti sahaja, orang lain juga turut terasa bahang kenaikan harga, kalau nak jimat duit tu, terpaksalah belajar Jahit Baju Kurung sendiri.

Nak belajar macam mana?

Semuanya soal kemahuan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Menjahit boleh belajar, malah adalah satu kemahiran. Walaupun saya tidak tahu menjahit, tapi bolehlah jahit seluar sendiri kalau terkoyak tu, eheh...

Mulakan dengan belajar pada orang yang sudah pandai menjahit. Mana nak cari? Mungkin nenek anda, makcik anda pandai menjahit, belajar dengan mereka, pastikan sediakan "pengeras" sebagai upah menjahit jika pengajar tidak meminta. Kemudian anda bolehlah jahit baju kurung dan baju melayu sendiri.

Tak kenal sesiapa yang pandai menjahit, cari di internet, cuba ambil pekej kemahiran di GIAT MARA dan sebagainya, pasti ada di sana.

"Tak ada masa, nanti terlepas Telenovela TV3 kegemaran Mak Cik Kiah tu" Kata Mak CIk Kiah.

Macam-macam pulak alasan mak cik Kiah ni. Belajar dengan tukang jahit pun tak sempat, belajar di Kolej Kemahiran pun tak nak, nanti terlepas Telenovela ye, baiklah, Ebook Panduan Jahit Baju ini mungkin sesuai untuk Mak Cik Kiah, sembil tengok Telenovela, boleh baca ebook di IPad atau Tab anda. Mak Cik Moden sekarang mesti ada satu IPad untuk hiburan.


Pastinya Jahit Sendiri Baju Melayu, Jahit Sendiri Baju Kurung dan baju anak-anak pastinya lebih jimat jika dibandingkan dengan upah di kedai tukang jahit. Pastinya orang perempuan sangat digalakkan untuk mencuba. Orang lelaki pun boleh.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates