Thursday, May 8

Panduan Mudah dan Lengkap Jahit Baju Kurung

Saya terjumpa suatu ebook yang menarik dan sangat berpotensi untuk tuan, puan, cik, abang, kakak, iaitu Panduan Menjahit Baju. Baju apa? Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Kebaya, Jubah dan lain-lain lagi.

Berpotensi jika tuan puan tidak tahu menjahit baju, dan ingin belajar lebih lanjut untuk menjahit baju kurung. Apabila sudah ada asas, baju lain terasa mudah dan pantas untuk dijahit.


Panduan Mudah dan Lengkap Jahit Baju Kurung

Saya?

Saya? Saya tidak pandai menjahit, apatah lagi menjahit baju kurung (Jujur). Tetapi saya tetap merasakan panduan ini sangat bagus daripada cara Pn Salmawati iaitu pemilik Panduan Jahit Baju ini, dan pengalaman beliau sendiri. Saya juga mengikuti komen-komen dari bekas pembeli, yang sudah membeli atau perbincangan dari forum-forum berkaitan. Tiada apa yang patut disembunyikan. Jika tidak puas hati atau tidak mencapai ekspektasi, boleh pulangkan semula wang yang dilaburkan untuk mendapatkan Panduan lengkap jahit baju ini.

Kenapa saya kata berpotensi, kerana permintaan menjahit baju tidak bermusim, malah sepanjang tahun. Tetapi hasil kemuncak adalah raya. Di Hari Raya..... tempahan kadangkala sudah ditutup 2 bulan awal, kerana ramai yang ingin mendapatkan tempahan. Ramai yang ingin menempah baju walaupun baju yang sudah siap pun terlalu banyak. Nampak tak peluang di situ? Saya nampak, dan saya harap anda juga nampak.

"Bila bulan puasa, tak larat mak cik nak ambil tempahan baju lagi. Mak cik dah tua, penat" Luahan hati Mak Cik Bedah si tukang Jahit.

Yang tidak tahu menjahit, cubalah, jika anda tahu menjahit baju, mesti suami sayang, mak mertua puji;

"Bagusnya menantu aku sorang ni, dah la cantik, pandai jahit pulak tu, tak sia-sia jadi menantu" Puji Mak Cik Kiah pada Siti. Habis kembang Siti tahan malu dipuji.

Belum lagi anak kecil Aminah darjah 3 di puji cikgu sekolah

Jom Jahit Baju

"Lawa pulak baju Pandu Puteri Aminah ni, Aminah buat kat mana?" Tanya CIkgu Bedah

"Mak Aminah yang buat, mak jahit sendiri" kata Aminah,

"Iye ke, pandainya mak Aminah jahit, jahitkan baju kurung cikgu ye, kemas jahitan ni haaa"

Ini mungkin antara komen yang anda bakal dapat hanya apabila anda pandai menjahit. Cubalah cari masa untuk belajar menjahit. Tidak rugi, anggap sahaja Panduan Jahit Baju ni sebagai pelaburan pada masa hadapan.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates