Saturday, May 3

Persediaan Wajib Temuduga Kerajaan SPA

 
Anda dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan? tahniah diucapkan kerana ramai yang tidak melepasi tahap pertama iaitu peperiksaan SPA lagi, anda dapat untuk melangkah ke tahap seterusnya. Tentunya, selepas di panggil ke sesi temuduga kerja kerajaan, apakah yang anda patut lakukan untuk bergelar jejaka kacak selepas mendapat kerja kerajaan tersebut.

Sebelum saya pergi lebih jauh, berikut adalah pengalaman saya sendiri ketika menghadiri temuduga kerja kerajaan dan mengikut beberapa pembacaan lainnya. Persediaan Wajib tersebut memang sangat wajib sehingga ramai yang terlepas pandang dan buat tidak kisah walaupun sudah dipanggil untuk ke sesi temuduga. Sangat rugi mereka ini.

Persediaan pertama yang perlu anda lakukan sebelum mendapat gelaran jejaka kacak pekerja kerajaan atau adik cantik molek kerja kerajaan adalah, anda perlu mengetahui etika pemakaian pekerja kerajaan yang skema. Apa itu skema? berbaju kemeja lengan panjang, bertali leher, berkasut hitam, berseluar hitam. Itu skema, manakala sempoi adalah memakai jeans, berbaju T memakai selipar dan lain-lain lagi. Kesilapan calon semasa Temuduga Kerajaan SPA adalah memakai pakaian yang sempoi dan ranggi semasa temuduga. Elakkan memakai pakaian sedemikian. Anda langsung tiada harapan untuk mendapatkan jawatan pekerjaan kerajaan.


Persedian Wajib Temuduga Kerajaan SPA kedua adalah, sediakan dokumen anda secukupnya. Susun sijil dalam keadaan teratur, dan jangan lupa untuk fotostat sijil-sijil penting anda. Sijil-sijil penting seperti SPM, Diploma atau Degree atau lain-lain. Gunakan clear file ye. Cuba anda bayangkan, penemuramah akan menemuramah ramai calon, justeru anda mudahkan mereka dengan memberikan salinan sijil-sijil yang penting-penting sahaja. Anda tidak perlu memberikan sijil pertandingan bercerita sewaktu darjah 3 anda, atau tidak perlu untuk memberikan sijil perkhemahan tahap 1 pengakap anda sewaktu darjah 6. Bezakan antara sijil penting dan tidak penting.




Persediaan Wajib Temuduga Kerajaan SPA yang ketiga adalah, persediaan mental dan fizikal anda. Pastikan anda makan dengan mencukupi kerana kemungkinan calon terlalu ramai dan anda tidak sempat untuk makan, lalu menjejaskan performance anda semasa temuduga. Juga persediaan mental yang berkesan dengan cuba mengagak soalan-soalan yang bakal ditanya penemuramah. Jangan termakan dengan teknik psikologi yang dimainkan oleh penemuramah. Kadangkala sesi temuduga berlaku dalam tempoh yang sangat singkat dan anda tidak perlu berkecil hati kerana rezeki itu tidak ke mana.

Itulah serba sedikit persediian Temuduga Kerja Kerajaan, cuba bersedia sebaiknya dan nantikan artikel seterusnya 7 Soalan Bocor Temuduga Kerajaan. Apapun buku tips menjawab soalan temuduga akan ini sangat membantu calon terutama dalam persediaan calon sebelum termuduga dan ramalan serta jawapan soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Dapatkan -> Ebook Tips Menjawab Soalan Temuduga Ini, pastinya ebook ini boleh membantu anda.

Artikel seterusnya 7 Soalan Bocor Temuduga Kerja Kerajaan.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates