Monday, June 16

Perniagaan Mudah Tanpa Modal

Banyak perniagaan yang memerlukan modal yang besar dan pastinya agak sukar untuk dijalankan dan banyak risikonya. Tetapi, nak atau tidak, masih ada lagi perniagaan yang boleh dilakukan TANPA Modal.


Dropship


Ya, masih ada, kenapa? Tidak percaya...

Jika betul anda berusaha dengan gigih, pendapatan daripada perniagaan ini mampu menyanyingi pendapatan bulanan anda. Walaupun pada mulanya agak perlahan. Perlu saya tegaskan yang anda perlu rajin dan tiada ruang untuk mereka yang malas.

Perniagaan tanpa modal yang pertama adalah Dropship. Jika anda pertama kali mendengar Dropship ini, Dropship adalah



Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal.Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

1. Anda menjual barang orang/syarikat lain, ada banyak syarikat dropship yang bagus di Malaysia ini, ada yang berbayar, ada yang percuma. Anda pilih!

2. Apabila ada tempahan daripada pelanggan, anda menempah terus daripada pembekal dan pembekal akan menghantar terus ke pelanggan.

3. Anda tidak perlu menimpan stock bekalan bahan, hanya mempromosikan sahaja. Itulah keuntungan untuk anda.

Mudah bukan, ada yang mendapat keuntungan sehingga beribu ringgit dengan hanya bermodalkan RM0! Itulah dropship. Saya akan menerbitkan beberapa syarikat dropship yang bagus pada artikel akan datang.

Jika ingin terus berjaya dengan Dropship, saya sarankan tips di SINI. Ianya bukan omongan kosong, ramai yang telah berjaya dan pasti membantu anda.

Cara kedua adalah menjana pendapatan dengan affiliate menggunakan blog. Anda boleh memulakan dengan menggunakan platform yang percuma seperti blogspot dan wordpress kemudian cuba tinggatkan trafik blog anda.




Apabila trafik blog makin meningkat dari hari ke hari, cuba kuasai teknik mempromosikan affiliate di blog anda. Tuan Ahmad Faizal atau Titan telah membongkarkan rahsia bagaimana beliau menjana pendapatan melalui blog dengan ebook Teknik SEO Merah Jambu.Saya sendiri menjana pendapatan melalui blog dengan 95% tips dan teknik daripada ebook beliau. Memang berkesan.

Cukuplah 2 teknik pada kali ini, yang menarik, kedua-dua teknik ini adalah tanpa modal dan mudah. Tentunya untuk lebih berjaya, pelaburan ilmu perlu dimulakan.

Semoga berjaya

Share This!


2 comments:

  1. dropship dan affliate antara dua perniagaan tanpa modal yang seakan menjadi trend sekarang ni. Kalau komited, memang sangat berhasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju, memang kena rajin dan komited, jika tak rajin, tak akan membawa apa2 pulangan dan hasil yang di inginkan

      Delete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates