Wednesday, June 4

Tips Beli Rumah Lelong

Ramai yang mula mencari rumah lelong sekarang ini, kerana harga rumah sub sale dan baru yang naik, maka, rumah lelong menjadi idaman ramai. Pastinya seperti rumah lain, rumah lelong memerlukan ilmu yang tersendiri. Tiada ilmu menyebabkan anda akan rugi selama-lamanya. Jadi saya kongsikan sedikit tips membeli rumah lelong daripada pengalaman dan hasil pembacaan saya.

“Risk comes from not knowing what you're doing” Warren Buffet

Pastikan anda mempunyai ilmu yang betul berkenaan rumah lelong.


Pastikan anda memeriksa keadaan rumah lelong yang anda bakal beli. Dengan demikian, anda bakal menganggarkan jumlah kos renovasi yang bakal anda jalankan pada rumah tersebut.

Dapatkan Pengishtiharan Jualan atau POS daripada agent yang berkaitan ataupun pelelong. Kesemua maklumat berkaitan dengan rumah lelong yang akan anda bida itu ada dalam Pengishtiharan Jualan.

Dapatkan maklumat berkenaan tunggakan bil-bil, tunggakan maintenence, tunggakan cukai untuk memastikan anda mampu untuk menjelaskan kesemua tunggakan tersebut.




Periksa status geran tanah untuk lihat sama ada geran tersebut masih ada kaveat atau tidak. Jika ada kaveat, anda boleh berfikir lagi sama ada untuk meminta peguam anda menyelesaikan rumah tersebut dalam masa terdekat.

Sediakan deposit dan anda boleh membida rumah lelong.

Ini adalah serba sedikit tips untuk membantu anda membeli rumah lelong. Penuhi ilmu di dana bagaimana untuk membeli rumah lelong. Suka saya ingatkan, tips ini hanyalah tips asas sahaja dalam membeli rumah lelong.

Untuk tips yang lebih lengkap dan terperinci berkenaan dengan rumah lelong, saya sarankan anda mesti dapatkan panduan Rumah Lelong ini. Ianya akan sangat membantu anda untuk membida rumah lelong yang anda mahukan.

Jangan takut untuk membuat pelaburan ilmu, jika anda ingin memiliki rumah lelong, saya sangat sarankan anda untuk memiliki Panduan Rumah Lelong ini. Ianya sangat membantu. Dapatkan Panduan Rumah Lelong.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates