Thursday, July 10

Bahaya MLM dan YSLM Scam

yslm scam

Kenapa anda join MLM? Kenapa sahabat anda join MLM, tidak lain adalah untuk mendapatkan duit tambahan. Banyak page di facebook diserang dengan skim-skim cepat kaya seperti ini. Pelbagai janji manis diutarakan, dengan modal rendah, tetapi boleh dapat income sehingga rm4000 sebulan. Skim seperti ini memang banyak dan tidak akan habis, sentiasa ada. Jika tertangkap, nama lain pula akan muncul dengan modus operandi yang sama. Konsep yang sama.

Yang terbaru adalah skim YSLM yang hangat diperkatakan, dengan modal rm300, anda dah boleh mulakan busines, tapi yelah, busines untuk tipu orang lain, cari downline. (YSLM tidak seperti Jobdirumah ye, jobdirumah memang membayar, boleh tengok SINI)

Apa itu YSLM?




Dengan rm300, anda boleh jadi ahli kepada YSLM ini, kemudian dengan setiap ahli yang anda rekruit, anda akan mendapat rm50. Sehingga ke level 6. Tiada jual produk di sini, rekruit semata-mata. Nampak tak disitu? Ada unsur-unsur MLM?



YSLM merekrut downline, langsung tiada produk yang dijual, akibatnya, KPDNKK menyerbu mereka.






Bagi saya, daripada anda join skim yang macam ni, penat cari kawan, baik anda melabur dalam Saham sahaja, tak tahu cara? boleh belajar di SINI. Modal takda? apa kata belajar unit trust, boleh tengok SINI. Tak sesuai dengan jiwa? Macam-macam alasan, join MLM tak apa pulak.

Share This!


2 comments:

  1. sekarang ni ada macam-macam scam, perlu lebih berhati hati kan

    ReplyDelete
  2. sangat berhati-hati, terutama dalam situas sekarang ni.

    ReplyDelete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates