Wednesday, July 9

Bursa Saham Catat Paras Tertinggi Julai 2014


Bursa Saham Catat Paras Tertinggi

Sedikit berkenaan dengan dunia saham semasa, semalam pelabur-pelabur saham yang smart dan tahu teknik yang betul akan tersenyum gembira dengan berita indeks FBM KLCI naik ke paras tertinggi dalam sejarah. Paras sebelum ini 1892.33 dan paras tertinggi baru 1892.5. Jika tiada aral melintang, penganalisis saham meramalkan, indeks FBM KLCI boleh mencecah sehingga 1900 tidak lama lagi.

Apa itu FBM KLCI?

FBM KLCI adalah indeks yang mewakili 30 saham atau kounter terbesar di dalam bursa saham Malaysia. Purata pergerakan 30 saham ini adalah mewakili FBM KLCI. Antara kounter besar FBM KLCI adalah company ternama daripada pelbagai sektor seperti Telekomunikasi, Perbankan, Makanan, Oil and Gas dan lain-lain. Antara syarikat gergasi adalah Petronas, Digi, Axiata, IOI dan bermacam lagi.

Jika anda mahir dengan pelaburan saham, saham naik anda gembira, saham jatuh pun anda gembira. Jika anda langsung tiada ilmu tentang saham dan ingin belajar berkenaan saham, atau anda tahu melabur saham tapi setakat ini belum pernah untung dalam pelaburan saham, anda boleh amalkan tips dalam Ebook INI ataupun subscribe email daripada mereka dan belajar dengan pakar.

Saham ini memerlukan satu kaedah analisis yang agak teknikal, pandai membaca graf, pandai membaca laporan kewangan syarikat. Kalau tidak pandai, tetapi berminat untuk mendapat untung pertama dengan saham, saya amat sarankan and baca ebook INI. Jika tidak, awal-awal lagi jadi satu pembaziran sahaja.

Ada penganalisis yang cakap, factor utama kenaikan adalah pelabur-pelabur baru yang melabur saham ini kerana wujudnya banyak seminar-seminar pelaburan saham di Malaysia. Ya, memang tidak dinafikan, banyak seminar pelaburan saham tetapi semuanya sangat MAHAL. Rakan saya pernah pergi ke seminar asas pelaburan saham, di mana topic yang di bincangkan adalah sangat asas, anda boleh dapat apa yang dibincangkan di Wikipedia sahaja, tetapi nak tahu berapa caj yang dikenakan? RM250....

Bagi saya tidak berbaloi.

Apa pendapat anda untuk RM80 boleh dapat ebook yang komprehensif mengenai pelaburan saham ini → Pelaburan Saham.

Juga, anda boleh mendapatkan panduan pelaburan saham dengan memberikan email anda. Panduan komprehensif dan mudah. (Perlu sahkan email anda)


E-mail address (Please dot not use Yahoo mail!)






FBM KLCI naik 7.59 mata, akhiri dagangan pada paras 1,892.5

KUALA LUMPUR, (Bernama): Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.59 mata untuk mencatatkan paras tertinggi baharu pada 1,892.5.
Paras tertinggi FBM KLCI sebelum ini adalah pada 1,892.33 yang dicatatkan pada 24 Jun.

Ia juga mengatasi paras tertinggi harian 1,892.33 pada 24 Jun, selepas mencecah paras tertinggi 1,894.72 dan terendah 1,885.29 sepanjang hari dagangan.

Peniaga berkata petunjuk pasaran tempatan itu semalam disokong oleh kenaikan kebanyakannya dalam kaunter wajaran tinggi, susulan munculnya semula minat belian selepas ia ditutup rendah minggu lalu.

Sementara itu, saham Asia bercampur-campur dalam dagangan berhati-hati disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu di Thailand dan ketegangan politik di Indonesia.

Pelabur di Indonesia menunggu keputusan pilihan raya pada 9 Julai ini dengan prospek politik yang lebih jelas dijangka memulihkan minat terhadap aset di negara itu.
Sementara itu, Bangkok Bank dijangka mencatatkan penurunan 14 peratus dalam keuntungan bersih April-Jun berbanding tahun lepas disebabkan pertumbuhan pinjaman perlahan dan pendapatan bukan faedah yang lemah.

Indeks Kewangan meningkat 126.67 mata kepada 17,346.63 dan Indeks Perusahaan naik 22.82 mata kepada 3,273.89, manakala Indeks Perladangan turun 9.31 mata kepada 9,220.44.

Indeks FBM Emas melonjak 68.73 mata kepada 13,161.41, Indeks FBMT100 meningkat 65.23 mata kepada 12,771.52, FBM Ace menokok 54.93 mata kepada 6,790.3 dan FBM 70 menambah 127.6 mata kepada 14,426.62.

Suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 491 berbanding 357, dengan 314 kaunter tidak berubah, 452 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.8 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 1.78 bilion saham bernilai RM1.73 bilion sebelumnya.

Dalam kalangan kaunter cergas, Talam Transform naik setengah sen kepada 11 sen, Jaks Resources meningkat 5.5 sen kepada 76 sen, Hubline tidak berubah pada 5.0 sen manakala Berjaya Corp susut setengah sen kepada 48 sen.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.90, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM19.98, TNB naik dua sen kepada RM12.48 dan CIMB menokok sembilan sen kepada RM7.26.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.48 bilion unit bernilai RM2.098 bilion daripada 1.38 bilion unit bernilai RM1.66 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 208.74 juta saham bernilai RM50.55 juta daripada 321.66 juta saham bernilai RM60.38 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 31.17 juta unit bernilai RM4.71 juta daripada 25.52 juta unit bernilai RM3.68 juta yang dicatatkan pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang 173.36 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 235.19 juta, pembinaan 145.24 juta, perdagangan dan perkhidmatan 509.16 juta, teknologi 56.79 juta, prasarana 15.6 juta, SPAC 23.02 juta, kewangan 64.9 juta, hotel 2.31 juta, hartanah 227.55 juta, perladangan 24.68 juta, perlombongan 52,300, REITs 5.81 juta dan dana tertutup 14,000. - BERNAMA--> Bharian

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates