Showing posts with label main saham. Show all posts
Showing posts with label main saham. Show all posts

Wednesday, August 6

Cara Untung Bermain Saham

Pelaburan saham, merupakan satu bentuk pelaburan yang tak asing lagi. Ramai yang telah berjaya dengan menjadi pelabur saham. Dan menjana pendapatan beribu ringgit hasil daripada pelaburan saham.

Pun begitu, lagi ramai yang tidak berjaya dengan pelaburan saham...


Tips pelaburan saham

Pelaburan saham mempunyai sejarah yang panjang di malaysia. Juga di dunia. Ada zaman cerah dan zaman gelap. Pada zaman cerah ramai yang boleh buat duit, masuk dalam mana-mana kaunter, boleh buat duit. Zaman gelap, semua saham turun, tiada yang naik.


Apa yang paling penting adalah belajar bermain saham atau teknik pelaburan saham yang patuh syariah, itu sangat penting untuk mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
Jangan lupa manfaatkan teknik trading saham secara analisis dan pastinya akan membuatkan skill pelaburan saham anda semakin meningkat dari hari ke hari.



Read More

Wednesday, July 9

Bursa Saham Catat Paras Tertinggi Julai 2014


Bursa Saham Catat Paras Tertinggi

Sedikit berkenaan dengan dunia saham semasa, semalam pelabur-pelabur saham yang smart dan tahu teknik yang betul akan tersenyum gembira dengan berita indeks FBM KLCI naik ke paras tertinggi dalam sejarah. Paras sebelum ini 1892.33 dan paras tertinggi baru 1892.5. Jika tiada aral melintang, penganalisis saham meramalkan, indeks FBM KLCI boleh mencecah sehingga 1900 tidak lama lagi.

Apa itu FBM KLCI?

FBM KLCI adalah indeks yang mewakili 30 saham atau kounter terbesar di dalam bursa saham Malaysia. Purata pergerakan 30 saham ini adalah mewakili FBM KLCI. Antara kounter besar FBM KLCI adalah company ternama daripada pelbagai sektor seperti Telekomunikasi, Perbankan, Makanan, Oil and Gas dan lain-lain. Antara syarikat gergasi adalah Petronas, Digi, Axiata, IOI dan bermacam lagi.

Jika anda mahir dengan pelaburan saham, saham naik anda gembira, saham jatuh pun anda gembira. Jika anda langsung tiada ilmu tentang saham dan ingin belajar berkenaan saham, atau anda tahu melabur saham tapi setakat ini belum pernah untung dalam pelaburan saham, anda boleh amalkan tips dalam Ebook INI ataupun subscribe email daripada mereka dan belajar dengan pakar.

Saham ini memerlukan satu kaedah analisis yang agak teknikal, pandai membaca graf, pandai membaca laporan kewangan syarikat. Kalau tidak pandai, tetapi berminat untuk mendapat untung pertama dengan saham, saya amat sarankan and baca ebook INI. Jika tidak, awal-awal lagi jadi satu pembaziran sahaja.

Ada penganalisis yang cakap, factor utama kenaikan adalah pelabur-pelabur baru yang melabur saham ini kerana wujudnya banyak seminar-seminar pelaburan saham di Malaysia. Ya, memang tidak dinafikan, banyak seminar pelaburan saham tetapi semuanya sangat MAHAL. Rakan saya pernah pergi ke seminar asas pelaburan saham, di mana topic yang di bincangkan adalah sangat asas, anda boleh dapat apa yang dibincangkan di Wikipedia sahaja, tetapi nak tahu berapa caj yang dikenakan? RM250....

Bagi saya tidak berbaloi.

Apa pendapat anda untuk RM80 boleh dapat ebook yang komprehensif mengenai pelaburan saham ini → Pelaburan Saham.

Juga, anda boleh mendapatkan panduan pelaburan saham dengan memberikan email anda. Panduan komprehensif dan mudah. (Perlu sahkan email anda)


E-mail address (Please dot not use Yahoo mail!)






FBM KLCI naik 7.59 mata, akhiri dagangan pada paras 1,892.5

KUALA LUMPUR, (Bernama): Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.59 mata untuk mencatatkan paras tertinggi baharu pada 1,892.5.
Paras tertinggi FBM KLCI sebelum ini adalah pada 1,892.33 yang dicatatkan pada 24 Jun.

Ia juga mengatasi paras tertinggi harian 1,892.33 pada 24 Jun, selepas mencecah paras tertinggi 1,894.72 dan terendah 1,885.29 sepanjang hari dagangan.

Peniaga berkata petunjuk pasaran tempatan itu semalam disokong oleh kenaikan kebanyakannya dalam kaunter wajaran tinggi, susulan munculnya semula minat belian selepas ia ditutup rendah minggu lalu.

Sementara itu, saham Asia bercampur-campur dalam dagangan berhati-hati disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu di Thailand dan ketegangan politik di Indonesia.

Pelabur di Indonesia menunggu keputusan pilihan raya pada 9 Julai ini dengan prospek politik yang lebih jelas dijangka memulihkan minat terhadap aset di negara itu.
Sementara itu, Bangkok Bank dijangka mencatatkan penurunan 14 peratus dalam keuntungan bersih April-Jun berbanding tahun lepas disebabkan pertumbuhan pinjaman perlahan dan pendapatan bukan faedah yang lemah.

Indeks Kewangan meningkat 126.67 mata kepada 17,346.63 dan Indeks Perusahaan naik 22.82 mata kepada 3,273.89, manakala Indeks Perladangan turun 9.31 mata kepada 9,220.44.

Indeks FBM Emas melonjak 68.73 mata kepada 13,161.41, Indeks FBMT100 meningkat 65.23 mata kepada 12,771.52, FBM Ace menokok 54.93 mata kepada 6,790.3 dan FBM 70 menambah 127.6 mata kepada 14,426.62.

Suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 491 berbanding 357, dengan 314 kaunter tidak berubah, 452 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.8 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 1.78 bilion saham bernilai RM1.73 bilion sebelumnya.

Dalam kalangan kaunter cergas, Talam Transform naik setengah sen kepada 11 sen, Jaks Resources meningkat 5.5 sen kepada 76 sen, Hubline tidak berubah pada 5.0 sen manakala Berjaya Corp susut setengah sen kepada 48 sen.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.90, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM19.98, TNB naik dua sen kepada RM12.48 dan CIMB menokok sembilan sen kepada RM7.26.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.48 bilion unit bernilai RM2.098 bilion daripada 1.38 bilion unit bernilai RM1.66 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 208.74 juta saham bernilai RM50.55 juta daripada 321.66 juta saham bernilai RM60.38 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 31.17 juta unit bernilai RM4.71 juta daripada 25.52 juta unit bernilai RM3.68 juta yang dicatatkan pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang 173.36 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 235.19 juta, pembinaan 145.24 juta, perdagangan dan perkhidmatan 509.16 juta, teknologi 56.79 juta, prasarana 15.6 juta, SPAC 23.02 juta, kewangan 64.9 juta, hotel 2.31 juta, hartanah 227.55 juta, perladangan 24.68 juta, perlombongan 52,300, REITs 5.81 juta dan dana tertutup 14,000. - BERNAMA--> Bharian
Read More

Friday, May 16

3 Tempat Analisis Saham di Bursa Saham Malaysia




Jika anda berminat dengan pelaburan saham, ketahuilah pelaburan saham terdiri daripada Technical Analisis dan Fundemantal analisis. Apa itu? Cuba baca artikel Teknikal Analisis dan Fundemantal Analisis dalam pelaburan saham.

Jika anda ingin menganalisa pelaburan saham anda, 3 tempat ini adalah tempat untuk menganalisa pelaburan saham yang agak popular di Malaysia. Anda pilih yang mana bersesuaian dengan cita rasa anda. Saya sendiri menggunakan ketiga-tiga platform online ini. Sangat sesuai untuk melabur dalam Bursa Saham Malaysia.


Read More

Thursday, May 15

Cara Melabur Dalam Saham Patuh Syariah

Cara Melabur Dalam Saham Patuh Syariah
 
Bagi anda yang ingin membaca terus artikel ini, saya mengharapkan anda sudah mempunyai akaun pelaburan saham masing-masing. Jika belum membuka akaun pelaburan saham lagi, ketahui langkah-langkah membuka akaun pelaburan saham di --> langkah Membuka Akaun Saham.

Sebelum pergi lebih lanjut, anda juga perlu tahu beberapa perkara berkenaan dengan pelaburan saham di -> Pelaburan Saham.

Read More

Monday, May 12

Technical Analisis vs Fundemantal Analisis dalam pelaburan saham

Jika anda ingin serious melabur dalam pelaburan saham, anda harus tahu dan kena tahu, sememangnya ada 2 mahzab besar dalam dunia pelaburan saham ini. Jika tidak tahu, berkemungkinan anda menjadi salah satu orang yang akan rugi di dalam pelaburan saham ini. Rugi wang anda, kerana anda bukan melabur, tapi anda berjudi!.

Anda nak pilih yang mana itu terpulang, tetapi apa itu fundemantal analisis, apa itu technikal analisis?


Fundemantal Analisis pelaburan saham

Saya Mulakan dengan Fundemantal analisis. Fundemantal Analisis adalah, palaburan saham berdasarkan kepada laporang kewangan syarikat. Laporan kewangan syarikat akan keluar setiap quarter, bermaksud 4 kali setahun. Juga boleh lihat prestasi syarikat pada akhir tahun. Penggemar teknik fundemantal analisis adalah Mr Warran Buffet, salah seorang paling kaya di dunia. Cara pelaburan beliau adalah "long term" melebihi 5 tahun. Satu tempoh yang lama, beliau telah membuktikan yang beliau boleh menjadi kaya dengan pelaburan saham.

Read More

Saturday, May 10

Melabur Saham Sendiri Tanpa Perlu Unit Trust


Berita baik kepada anda yang mencari pendapatan sampingan di luar sana. Bermula dengan pendapatan sampingan kemudian boleh beralih menjadi pendapatan tetap setiap bulan. Macam mana? Ada banyak caranya, sebenarnya sangat banyak, antaranya adalah dengan melabur dalam Saham. Jika anda pandai melabur saham sendiri, anda tidak perlukan lagi unit trust.

Melabur Saham vs Melabur Unit Trust


Read More

Friday, May 9

Caj yang dikenakan ketika melabur saham

Caj yang dikenakan ketika melabur saham
 
Sebelum anda membaca lebih lanjut Caj yang dikenakan ketika melabur saham ini, pastikan anda sudah membuka akaun pelaburan saham. Klik untuk langkah membuka akaun pelaburan saham.

Baiklah, sememangnya dan sebenarnya, ada caj yang dikenakan ketika hendak melabur dalam saham. Dalam setiap kali transaksi yang berlaku sama ada beli atau pun menjual saham. Ramai yang ingat, transaksi yang berlaku hanya ketika membeli, tetapi ketika menjual pun ada caj yang dikenakan.

Jika tidak tahu, keuntungan yang anda rasakan banyak dalam pelaburan saham anda, boleh jadi kecil sahaja.

Disebabkan saya menggunakan maybank investment, jadi saya ambil contoh daripada maybank investment, agak berbeza mengikut broker lain.


Caj yang dikenakan ketika melabur saham


1. Brokerage fee


Read More

Wednesday, May 7

Langkah Buka Akaun Saham Bursa Saham Malaysia


Langkah Buka Akaun Saham Bursa Saham Malaysia

Jika anda berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan dengan Saham di Bursa Saham Malaysia, langkah pertama yang anda perlukan adalah, anda perlu membuka akaun untuk bermain saham di Bursa Saham Malaysia. Akaun terdiri daripada “Trading account” dan “CDS Account”

Jom kita lihat cara-cara membuka kedua-dua akaun tersebut.

Anda perlulah membuka akaun saham dengan syarikat broker terlebih dahulu, jika anda tidak membuka akaun dengan syarikat broker, ketahuilah yang sesungguhnya anda telah ditipu. ☺(Saya sendiri membuka akaun Trading dan CDS dengan Maybank Investment) Ada banyak stock broker yang anda boleh pilih, antaranya, OSK, RHB Invest, Maybank Investment, Kencana, dan lain-lain lagi, semua boleh didapati di SINI Setiap satu ada pro dan kontra masing-masing, pilih yang mudah untuk anda.

Dah pilih broker yang sesuai untuk anda? Untuk saya, saya sememangnya menggunakan maybank investment.

Read More
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates