Thursday, July 3

Kenapa Perlu Memborong Baju di Kenanga Wholesale?

Memborong Baju di Kenanga Wholesale

Ramai yang suka membeli dengan harga diskaun, kadangkala dengan harga 70% hingga 80% diskaun daripada harga pasaran. Siapa yang tidak mahu!

Borong Baju Raya, Borong Tudung Raya, baju bayi dan apa sahaja, semua anda boleh dapatkan di satu tempat sahaja. Tidak lain adalah di Kenanga Wholesale. Tidak terhad kepada Baju dan Tudung, Kasut, beg tangan semua anda boleh dapat borong dengan murah di Kenanga Wholesale.

Kenanga Wholesale City yang terletak di Jalan Kenanga Kuala Lumpur, merupakan satu syurga memborong, jika memborong, tentulah dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Kenanga Wholesale merupakan salah satu Wholesale City di rantau ini dan setaraf dengan Wholesale City bangkok dan Mangga Dua Jakarta. Ada peluang bolehlah shopping di sini.

Apa yang anda perlukan adalah, membeli lebih daripada 1, mengikut pengalaman saya, paling minimum 3 pasang baju untuk memperolehi harga borong. Jika anda inginkan kain pasang, baju bercorak lebih kurang sama, atau jubah dengan 60% diskaun daripada harga pasaran. Kenanga Wholesale adalah tempatnya.

Akses ke Kenanga Wholesale City

Untuk ke Kenanga Wholesale City, cara yang paling mudah adalah berhenti di stesyen LRT Hang Tuah, dah dekat sangat. Tempat ini agak jem, jika anda hanya datang untuk cuci mata atau survey harga, naik LRT sudah memadai.



Tetapi, jika anda datang untuk memborong, saya sarankan anda datang sekurang-kurangnya dengan sebiji kereta untuk memudahkan urusan angkut barang. Parking agak banyak, terdapat 22 tingkat kesemuanya. Jadi anda boleh pilih untuk datang ke sini dengan apa.

Pengalaman Saya Memborong

Kalau ikutkan pengalaman saya memborong baju di sini, selain shopping mall, di bahagian luar shopping mall juga terdapat banyak kedai-kedai lain yang menawarkan harga borong yang berpatutan dan setanding dengan yang di dalam shopping mall.

Memborong Baju di Kenanga Wholesale

Kebanyakan yang datang ke sini, kebanyakan bershopping adalah untuk menjual semula di tempat mereka. Kebanyakan mereka mempunyai butik sendiri dan ada yang berniaga dengan platform online seperti Facebook sahaja. Sebelum terlupa, ada beberapa tempat borong lain di Kuala Lumpur, nak tahu tempat itu boleh baca artikel saya yang lepas --> Tempat Memborong di Kuala Lumpur




Ada beberapa keping gambar, saya tidak mahu berkongsi banyak, jika inginkan info lanjut, terus ke Shopping Mall ini dan lihat sendiri diskaun yang diberikan.

Ramai juga yang datang dengan tujuan memborong biasa, kemudian cuba menjual dan akhirnya boleh berniaga menjual baju. Anda juga tidak mustahil menjadi seperti mereka. Tips yang diberikan oleh saudara Ikhwan Fahmi INI akan sangat membantu untuk anda berjaya dalam dunia jual baju jika anda ingin menjana pendapatan menjual baju. Apapun selamat memborong.


Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates