Sekarang ini makin menjadi-jadi orang yang terdesak dan berhutang, terutama hutang dengan kad kreadit. Sukar untuk mengelakkan diri daripada hutang kad kreadit jika sudah terjebak. Hutang kad kreadit ini tidak mengira pangkat dan harta, daripada yang bergaji rm20000 sebulan juga yang bergaji rm 3000 sebulan, semua boleh terjebak dengan hutang kad kreadit jika tidak di urus dengan betul.
Kenapa ramai yang terdesak?
Kos kenaikan harga barang yang semakin naik, perbelanjaan rumah, persiapan raya, kos rawatan di hospital, semua penyebab kepada mengapa ramai yang terdesak. Berbelanja tanpa mengira keupayaan perbalanjaan, mahu nampak lebih bergaya menyebabkan seseorang itu mudah terjebak dengan hutang kad kreadit.
Belum lagi kerana tidak cukup duit anak-anak hendak bersekolah. Jadi makin ramai yang terdesak. Dan... Tidak kurang juga ganerasi Y yang terjebak dengan hutang kad kreadit.
"Makan KFC pun nak swipe kad kreadit!"
"Bila bayar pakai kad kreadit, baru nampak cool!"
dan yang paling sadis
"Biar papa, asal bergaya!"
Bila satu kad kreadit sudah sampai limit, apply kad kedua dan seterusnya, maka bermulalah episod hutang kad kreadit semakin bertambah, dan anda pun hanya membayar minimum setiap bulan.
Jika bayar minimum, dan teruskan lagi berhutang, macam mana nak habis hutang kad kreadit!
Jika anda ingin keluar daripada perangkap kad kreadit, yang anda perlu lakukan adalah
POTONG!!
Dan jangan gunakan lagi kad kreadit, berhenti berbelanja dengan kad kreadit, gunakan cash atau kad debit, jika tidak mampu, potong mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu seperti rokok, pakej data internet, makanan mewah dan lain-lain lagi.
Jika ada terlalu banyak kad kreadit, langsaikan jumlah yang paling minimum dulu, atau transfer semua sekali pada satu akaun, kemudian cuba selesaikan dari situ. Perlahan-lahan.
Ketiga, jangan lambat bayar, dan jangan meminjam untuk membayar. Ramai yang buat personal loan untuk bayar kad kreadit. Apapun tidak digalakkan, cuba selesaikan sendiri kad kreadit anda.
Terakhir, ubah gaya hidup anda. Pedulikan apa yang orang lain kata, potong belanja yang tidak berkenaan dan hidup dengan lebih simple dan berkesan.
Akhir kata, jangan lupa bayar zakat dan sedekah, rezeki Allah bagi dan minta dipermudahkan...
Banyak lagi tips lain anda boleh dapatkan di SINI.
No comments:
Post a Comment