Friday, August 29

Kerja Kosong Majlis Daerah Pontian September 2014


Kerja Kosong Kerajaan terbaru di Majlis Daerah Pontian. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk jawatan-jawatan di kekosongan seperti berikut


Kekosongan adalah seperti berikut;

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

3. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17


CARA PERMOHONAN

 Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
ARAS 1,BLOK A,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

 Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

 kad pengenalan
 sijil kelahiran
 sijil-sijil persekolahan
 kelulusan akademik
 transkrip keputusan peperiksaan
 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
 lain-lain dokumen sokongan

 Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.

 Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktifhttp://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.

 Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


Tarikh Tutup : 03 September 2014
 
Lokasi : Pontian Johor




Sektor : Kerajaan

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates