Sunday, September 7

Trader vs Investor Dalam Pelaburan Saham

Ramai yang terliur dek kerana keuntungan yang ditawarkan oleh pelaburan saham. Ada yang menjadi kaya dalam sekelip mata, ada yang bertahun-tahun baru menjadi kaya. Ada yang tak pernah pun merasa keuntungan dalam pelaburan saham. Ada yang laburkan duit, habis hangus kerana rugi dalam pelaburan saham. Semuanya kerana pelaburan saham.




Buat duit dengan Pelaburan Saham

Boleh ke buat duit dengan Pelaburan Saham? Terpulang kepada diri anda sendiri, semua orang boleh buat duit dengan pelaburan saham! Itu pasti. Tetapi, kenapa ramai yang rugi dalam pelaburan saham?

Faktor kerugian dalam pasaran saham.

Banyak faktor yang membawa kerugian dalam pelaburan saham. Yang paling ketara adalah, kurang analisis dan selalu ikut apa yang orang lain katakan. Anda sendiri kena mampu menganalisis saham yang anda laburkan, jangan terpengaruh dengan orang lain.

Faktor seterusnya adalah, tidak tahu yang anda adalah pelabur jenia mana dalam.pelaburan saham. Anda perlu tahu, anda adalah pelabur saham jenis Trader atau Investor.



Apa beza Trader dan Investor

Pernah lihat pelari pecut? Dan pelari marathon? Pelari pecut biasanya tidak dapat mengekalkan stamina dalam jarak yang jauh, pelari marathon dapat mengekalkan stamina untuk satu jangka masa yang panjang.

Trader adalah pelari pecut, manakala Investor adalah pelari marathon. Anda perlu memerhatikan pelaburan saham anda hampir setiap hari bagi Trader,  manakala investor, anda memerhatikan pelaburan anda, mungkin dalam jangkamasa seminggu sekali. Apapun, kedua-dua.pelabur boleh buat duit.

Cuma, anda merupakan pelabur yang mana itu, anda kena tentukan sendiri.

Apapun, nak tahu teknik untung cepat dalam pelaburan saham. Pergi dapatkan teknik Pelaburan Saham ini. Sesuai untuk mereka yang serious dalam pelaburan saham.

Bonus, jika.inginkan info pelaburan saham percuma terus ke email anda, boleh isikan ruangan di bawah.

E-mail address (Sila Sahkan Email Anda!)


Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates