Tuesday, October 14

Tips Temuduga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27

Tips Temuduga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 merupakan jawatan yang dikategerikan dalam kumpulan sokongan di bawah jabatan perdana menteri. Jawatan yang diiklankan juga termasuk di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.

Bagi yang telah lulus Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, langkah selanjutnya sebelum anda mendapat jawatan yang diinginkan tersebut adalah dengan mengikuti temuduga yang bakal dijalankan oleh pihak SPA. Selepas lulus temuduga SPA, insyaAllah jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 adalah untuk anda.

Apakah tips-tips untuk lulus temuduga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 ini? Saya akan berikan diakhir artikel ini. Tips yang bakal saya berikan juga sesuai untuk jawatan selain daripada SPA, sebagai contoh, temuduga jawatan yang sama untuk Jabatan agama negeri dan lain-lain. Sebelum itu, mari kita lihat apakah maklumat jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 ini.

Tips Temuduga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27

Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 ini sememangnya mencabar terutama pendedahan masyarakat terhadap internet di luar sana yang sememangnya terdedah kepada berbagai aliran pemikiran. Memang menjadi tugak orang agama, ataupun Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 ini pergi kepada masyarakat dan memimpin dan menjadi contoh kepada masyarakat. Tugas yang termaktud dalam laman web SPA adalah ; Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh Kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang disebutkan untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 ini.

Selain itu, syarat lantikan untuk jawatan ini adalah;

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  • Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan adalah melalui prosedur berikut;

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas;atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Pastinya sesuatu yang menarik untuk anda jika mendapat jawatan ini, apatah lagi pekerjaan dalam sektor kerajaan memberikan pendapatan yang tetap setiap bulan dan dengan khidmat pencen ketika bersara nanti. Bagi saya, jangan lepaskan peluang anda jika memperolehi jawatan ini. Jika terpilih untuk menyertai temuduga, lakukan yang terbaik semasa temuduga kerajaan ini. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Seperti yang dijanjikan, untuk Tips Temuduga Penolong Pegawai hal Ehwal Islam S27, saya akan berikan 7 soalan yang sering ditanya sewaktu temuduga kerajaan. Lengkapkan diri dengan jawapan-jawapan daripada setiap soalan tersebut dan cuba cari maklumat lain juga berkenaan dengan jawatan yang ditawarkan. Untuk 7 soalan yang sering ditanya, saya perlukan email tuan/puan/cik di ruangan bawah.

E-mail address (Sila Sahkan email anda)



masukkan email anda di dalam kotak tersebut, dan klik Tips Temuduga itu. Semoga berjaya dalam Temuduga kerja kerajaan.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates