Tuesday, December 9

Broker Saham Termurah



Memilih broker yang bagus dalam pelaburan saham adalah satu kemestian. Pastinya broker yang mempunyai reputasi yang baik dan tidak banyak masalah yang ditimbulkan semasa proses jual beli saham itu berlaku.

Ada banyak broker saham di luar sana untuk pasaran saham Malaysia. Dan kebanyakan broker ini menawarkan platform jual beli dalam negara yang baik dan menarik. Hampir semua broker ini menawarkan pakej jual beli dan transaksi dalam bentuk online. Proses jual dan beli online, juga semua bentuk analisis boleh dilakukan secara online.

Ya, jual beli secara offline mengenakan caj yang mahal. Jual beli secara online pula mengenakan caj yang murah. Caj yang murah memberikan advantage dalam memberikan keuntungan dalam pelaburan saham.

3 jenis Caj dalam Pelaburan Saham

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis caj yang dikenakan dalam pelaburan saham. 3 Caj itu adalah;

1. Brokerage caj yang dikenakan oleh broker.

2. Stamp Duty yang dikenakan oleh kerajaan

3. Caj daripada bursa.


Untuk mengetahui cara pengiraan caj dalam pelaburan saham, boleh lihat artikel ini untuk 3 Caj Pengiraan dalam Pelaburan Saham.

Untuk no 2 dan no 3 itu, caj yang dikenakan adalah sama sahaja. Tetap, dan tidak berubaha. Tetapi caj yang dikenakan pada no 1 itu adalah berbeza untuk setiap broker.

Broker yang mengenakan caj yang murah pastinya memberikan adcantage berbanding broker lain. Oleh yang demikian, pilihlah broker yang bagus dan mengenakan caj yang murah ye.

Broker Yang Mengenakan Caj Yang Murah



Mana broker yang mengenakan caj yang murah dan berbaloi untuk pemain-pemain saham di Malaysia. Yang saya sendiri gunakan adalah, tidak lain dan tidak bukan....

Aminvest....

Setelah sebelum ini menggunakan Maybank Invest, Cimb i Trade dan yang terbaru adalah Aminvest. Untuk pengetahuan, Aminvest juga menawarkan pakej akaun islamik bagi mereka yang inginkan khidmat akaun islamik untuk pelaburan mereka.

Apa yang membezakan Aminvest dengan broker lain?



Yang membezakan adalah caj yang lebih murah, bagi saya sendiri, transaksi jual beli dengan aminvest, analisis dengan platform lain seperti Rhb Invest dan Cimb i Trade, kadangkala i3investor dan tradesignum juga membantu untuk menganalisis pelaburan saham dengan lebih detail.

Aminvest mengenakan caj minimum RM 6 untuk setiap transaksi jual beli dan 0.035% mana yang lebih tinggi. Terlalu murah berbanding dengan broker belum ini yang saya guna, mengenakan caj sebanyak RM28 untuk setiap transaksi dan 0.42%. Caj yang murah sangat memberikan kesan terutama yang aktif dalam pasaran saham.

Begitulah sedikit sebanyak tips yang saya berikan untuk pelaburan saham. Untuk dapatkan keuntungan maksimum dalam pelaburan saham, saya syorkan teknik Pelaburan Saham ini untuk membantu memberikan keuntungan dalam pelaburan saham.

Selamat melabur salam saham.

Rujukan : KLSE Investor

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates