Friday, May 9

Caj yang dikenakan ketika melabur saham

Caj yang dikenakan ketika melabur saham
 
Sebelum anda membaca lebih lanjut Caj yang dikenakan ketika melabur saham ini, pastikan anda sudah membuka akaun pelaburan saham. Klik untuk langkah membuka akaun pelaburan saham.

Baiklah, sememangnya dan sebenarnya, ada caj yang dikenakan ketika hendak melabur dalam saham. Dalam setiap kali transaksi yang berlaku sama ada beli atau pun menjual saham. Ramai yang ingat, transaksi yang berlaku hanya ketika membeli, tetapi ketika menjual pun ada caj yang dikenakan.

Jika tidak tahu, keuntungan yang anda rasakan banyak dalam pelaburan saham anda, boleh jadi kecil sahaja.

Disebabkan saya menggunakan maybank investment, jadi saya ambil contoh daripada maybank investment, agak berbeza mengikut broker lain.


Caj yang dikenakan ketika melabur saham


1. Brokerage fee


Caj yang dikenakan oleh pihak broker (Maybank Investment) kepada anda. Caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut kategori. Untuk Normal Trading Akaun lebih mahal berbanding Online Trading Akaun. Kenapa berbeza harga? kerana Normal memerlukan khidmat remiser atau dealer manakala Online, anda melakukan sendiri jualan tersebut. secara online.


2. Clearing fee




Jumlah yang dikenakan daripada Bursa Malaysia untuk setiap transaksi. Caj yang dikenakan adalah 0.03% daripada nilai transaksi.

3. Stamping fee

Jumlah caj yang dikenakan untuk setiap transaksi jual beli saham. Pada kadar RM 1 untuk RM1000 nilai transaksi.

Contoh pengiraan mudah adalah seperti berikut;

Azizah membeli saham sebuah Syarikat Oil & Gas di bursa saham Malaysia pada harga RM 2 seunit, sebanyak 1000 unit saham syarikat tersebut telah dibeli Azizah melalui platform online.

Bayaran yang dikenakan adalah

1. Brokerage fee;

RM 2 x 1000 x 0.42% = RM 8.4
Disebabkan minimum adalah RM 12, maka Azizah perlu membayar RM12

2. Clearing fee

RM 2 x 1000 x 0.03% = RM 0.6

3. Stamping fee

Azizah membeli RM 2000, saham, untuk setiap RM 1000 dikenakan RM 1, jadi stamping fee Azizah adalah RM 2.

Caj yang dikenakan untuk membeli saham tersebut yang berharga RM 2 untuk 1000 unit adalah RM 14.6. Tidak termasuk lagi caj penjualan. Bagaimana? Ingin melabur saham?

Anda juga boleh mendapatkan tips pelaburan saham terus ke email anda dengan melanggan menggunakan email di bawah.

E-mail address (Please dot not use Yahoo mail!)







Jangan risau jika anda tahu caranya, anda juga boleh membuat untung, Tuan Khairul Arifin sudah membuktikan. Saya sarankan anda mencontohi beliau dan dapatkan pandangan daripada beliau melalui Panduan Saham ini.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates