Tuesday, July 19

Maklumat Permohonan Pembiayaan PTPTN

Apa yang anda perlu tahu untuk maklumat permohonan pembiayaan PTPTN? Ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu dan artikel ini khusus untuk memberikan perndedahan kepada anda tentang beberapa perkara penting sebelum membuat permohonan pembiayaan PTPTN. Apakah perkara-perkara penting yang anda perlu lakukan adalah?

Mengetahui tarikh tutup permohonan mengikut IPT atau Politeknik masing-masing.

Ya, anda perlu mengetahui tarikh tutup permohonan anda mengikut IPT masing-masing. Macam mana nak tahu tarikh tutup tersebut adalah, anda boleh ke pautan INI untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tarikh tutup. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah untuk mendaftar PTPTN sebelum tarikh tutup.

sspn-logo

Daftar PTPTN tidak susah pada masa kini kerana pendaftaran kini boleh dilakukan secara online. Ianya cepat dan menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak PTPTN dan mereka yang ingin mendaftar dengan PTPTN. Boleh ke link ini untuk jadual PTPTN IPT awam dan politeknik.

Daftar Online PTPTN – Maklumat permohonan pembiayaan PTPTN

Mahu atau tidak, apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan pendaftaran online dengan PTPTN ini? Jadi artikel pada kali ini, saya nak berikan beberapa info penting khusus untuk memberikan pendedahan kepada anda untuk membuat pendaftaran PTPTN secara online dan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu.

Untuk membuat pendaftaran PTPTN, wajib kena ada akaun SSPN ataupun akaun SSPN-i. SSPN-i adalah penambahbaikan daripada SSPN dan ada beberapa faktor menarik lain yang ada pada akaun SSPN-i seperti manfaat takaful, kematian dan lain-lain lagi. Apapun, kalau anda ingin mendaftar PTPTN, anda perlu ada akaun SSPN-i. Lagi satu berita baik, anda boleh membuat pendaftaran SSPN-i secara online. Anda boleh ke pautan ini untuk mendaftar SSPN-i secara online.

Dah daftar akaun secara online? Langkah seterusnya adalah anda perlu untuk mendapatkan No PIN daripada BSN. Anda boleh dapat No PIN daripada BSN ini khusus untuk pendaftaran PTPTN. Caranya, pergi ke kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional dan anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM5. Tempoh sah sehingga 6 bulan daripada tarikh pembelian. Salain daripada kaunter BSN, anda juga boleh mendapatkan No PIN daripada mesim ATM BSN. Tetapi, lebih mudah untuk anda pergi sahaja ke kaunter untuk mendapatkan NO PIN tersebut.

Kalau dah ada no akaun SSPN-i dan dah ada No PIN BSN ini, langkah seterusnya adalah untuk anda membuat pendaftaran secara online di pautan INI. Follow step-step yang ada, pastikan semua maklumat betul dan yang lebih penting adalah pastikan anda menggunakan email yang betul ketika mengisi maklumat di pautan tersebut. Segala pengesahan sama ada permohonan anda diterima atau ditolak akan diberikan melalui email, sebab itu email adalah sangat penting.

ptptn

Anda boleh memohon pembiayaan PTPTN hari ini juga

Ini adalah sedikit sebanyak beberapa maklumat permohonan pembiayaan PTPTN yang anda perlu tahu. Kalau anda sudah tahu semua maklumat ini, yang penting adalah, anda boleh membuat pendaftaran PTPTN hari ini juga. Semuanya mudah, cepat dan pantas. Yang lebih penting, anda boleh membuat permohonan PTPTN dalam masa 24 jam. Semuanya jadi mudah kerana adanya sistem online PTPTN dan pendaftaran online SSPN-i.

The post Maklumat Permohonan Pembiayaan PTPTN appeared first on Myportal21.


via Maklumat Permohonan Pembiayaan PTPTN

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates