Tuesday, July 19

Tidak Perlu Download Borang SSPN – Daftar Secara online

Artikel ini khusus kepada mereka yang ingin download borang SSPN. Ya, berita baik untuk anda, sebenarnya, sekarang anda tidak perlu lagi untuk download borang SSPN. Semua urusan pendaftaran SSPN boleh dilakukan secara online. Ianya lebih memudahkan untuk anda mendaftar SSPN-i secara online berbanding anda perlu download borang dan pergi ke bank-bank panel SSPN yang ada di Malaysia.

Daftar SSPN-i online

sspn-logo

Untuk pengetahuan anda, semua urusan berkaitan dengan SSPN boleh dilakukan secara online. Lagipun, SSPN-i adalah penambahbaikan daripada SSPN terutama dalam bab simpanan dan takaful. Jadi, kalau anda memang mencari cara untuk mendaftar SSPN ini, anda boleh daftar secara online di link bawah.

>>Daftar secara online SSPN<<

Kelebihan dan manfaat SSPN yang anda perlu tahu

SSPN mempunyai banyak kelebihan terutamanya sebagai salah satu cara untuk simpanan anak-anak di masa hadapan. Bagi saya, SSPN-i adalah antara salah satu medium untuk membuat simpanan pendidikan anak-anak terbaik di Malaysia dan yang paling penting sekali, ianya diuruskan oleh badan-badan yang diiktiraf kerajaan. Kalau diiktiraf, maksudnya, simpanan di dalam SSPN ini adalah dijamin kerajaan. Jadi, anda boleh teruskan menyimpan di dalam SSPN ini dengan senang hati sebagai satu simpanan pada masa hadapan. Lagi satu, kos pendidikan di masa depan makin lama makin mahal, dan biasiswa juga mugkin semakin kurang, jadi, membuat tabungan awal untuk pendidikan anak-anak adalah terbaik.

Satu lagi manfaat SSPN yang ketara adalah, manfaat pengecualian cukai. Ya, kepada yang dikenakan cukai terlalu banyak tu, menyimpan di SSPN adalah salah satu cara untuk mengurangkan cukai yang anda bakal kena setiap tahun. SSPN memberikan pengecualian cukai sehingga sebanyak RM12000. Jadi, bagi saya memang berbaloi untuk anda menyimpan di SSPN.

SSPN juga dilengkapi dengan sistem perlindungan ataupun takaful. Menarik kan, banyak manfaat yang SSPN cover. Boleh tengok jadual bawah untuk perbandingan SSPN dan lain-lain skim pendidikan yang ada di Malaysia.

manfaat sspn

Wajib ada akaun SSPN ini untuk mendaftar pembiayaan PTPTN. Ya, kalau anda buat simpanan untuk anak-anak pun tidak rugi, apabila besar nanti, lebih mudah untuk membuat pembiayaan dengan pihak PTPTN. Kerana makin lama, kriteria untuk memohon pinjaman di PTPTN semakin ketat. Dengan adanya simpanan pendidikan anak ini memang akan membantu mengurangkan beban yang ada.

Apapun, boleh tengok video korporat SSPN di bawah untuk maklumat lanjut.

Kesimpulannya, memang SSPN ini salah satu medium terbaik untuk simpanan dan pendidikan anak-anak. Ianya memang dibuat sebagai salah satu cara atau medium untuk simpanan pendidikan anak-anak. Yang saya pasti, banyak manfaat SSPN ini untuk simpanan anak-anak dan pada masa yang sama, ianya memberikan sedikit perlindungan takaful kepada anak-anak. Memang terbaik.

Jom Daftar SSPN Hari Ini Juga

Dah tahu banyak info dan manfaat SSPN, Jom daftar hari ini juga. Untuk mendaftar SSPN, boleh pergi ke LINK INI dan ikut sahaja arahan yang diberikan. Pendaftaran mudah dan pantas, saya pasti anda boleh mendaftar hari ini juga.

The post Tidak Perlu Download Borang SSPN – Daftar Secara online appeared first on Myportal21.


via Tidak Perlu Download Borang SSPN – Daftar Secara online

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates