Tuesday, April 4

Apa Itu Uber? Dan Manfaat Kepada Anda

Ramai yang nak tahu apa itu uber can konsep yang ada pada uber. Uber merupakan satu fanomena baru walaupun sudah bertapak agak lama di Malaysia. Secara umumnya, dengan uber, ada 2 pihak yang mendapat manfaat daripadanya. Ianya adalah pemandu uber dan penumpang.

Uber adalah servis yang memberikan khidmat kongsi kereta ataupun teksi. Pemandu uber perlu menggunakan kereta sendiri dan mendapat manfaat daripada tambang yang dikenakan. Penumpang pula mendapat kadar tambang yang lebih murah daripada syarikat teksi dan memang uber memberikan fleksibiliti untuk servis yang terbaik.

Ianya adalah situasi menang-menang, pemandu dapat menambah pendapatan dan penumpang dapat sampai ke destinasi dengan harga yang murah.

Berminat Dengan Uber?

Sesiapa pun boleh menggunakan servis uber untuk pergi dari satu destinasi ke destinasi yang seterusnya. Berita baik adalah, anda juga boleh cuba untuk memohon menjadi pemandu uber dan ianya merupakan satu peluang yang baik untuk menambah pendapatan anda. Disaat sekarang ini yang kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat memang menyebabkan ramai yang mula mencari peluang untuk menambah pendapatan tambahan.

>>Boleh KLIK SINI Untuk Dafter Uber Percuma<<

Menerusi uber, memang anda boleh menambah pendapatan anda. Ada juga yang menjadikan uber sebagai sumber pendapatan utama mereka akibat daripada ketidaktentuan ekonomi sekarang ini. Yang penting adalah, anda mempunyai masa yang fleksible untuk memandu atau menawarkan servis ada.

Ada kisah seorang pemandu uber ini menghantar anak ke kelas tuisyen pada jam 8 malam. Kelas itu habis pukul 10 malam. Dalam masa 2 jam beliau menunggu anak habis tuisyen, beliau sempat menjadi driver uber dalam masa tersebut. Memang menarik dan ini adalah antara cara untuk menambah pendapatan yang terbaik sekarang ini. Anda menjadi seorang pemandu uber pada masa-masa yang anda tentukan sendiri dan yang lebih menarik adalah, untuk menjadi pemandu tidak susah, boleh cuba di link yang saya berikan di atas.

Manfaat kepada penumpang Uber

Penumpang mempunyai manfaat yang tersendiri terutamanya dalam menggunakan servis uber. Apa yang menarik adalaha, uber mementingkan rating, kalau rating pemandu yang terlalu teruk, memang tidak dapat menggunakan servis uber ini. Lagipun, kereta-kereta yang menggunakan uber ini biasanya tidak lebih daripada 10 tahun penggunaan. Kereta mestilah bersih dan terjaga.

Bayaran adalah berdasarkan kepada apa yang tercatat pada aplikasi. Kalau RM2, memang itulah yang anda sebagai penumpang kena bayar. Ianya memberikan kelebihan kepada penumpang dan pemandu uber memang tidak boleh meminta cas tambahan daripada servis yang diberikan. Tetapi, kalau pemandu uber ini peramah, bolehlah berikan tip kepada pemandu melalui aplikasi yang diberikan.

Apapun, inilah serba sedikit mengenai apa yang anda perlu tahu berkenaan uber. Anda boleh memanggil uber teksi, ataupun aplikasi perkongsian kereta atau apa sahaja. Ianya adalah antara alternatif terbaik kepada teksi pada masa kini selain servis yang lebih professional dan murah.

Kalau anda berminat untuk menambah pendapatan dengan uber, boleh berbuat demikian di link atas. Ianya adalah percuma. Kepada yang ingin dapatkan servis uber, boleh berbuat demikian dengan download app uber ini di smartphone anda sama ada iOS ataupun Android. Uber memang memberikan kelebihan dan antara servis yang baik kepada pemandu dan penumpang. Saya boleh kata ianya adalah win-win situasi kepada pemandu dan penumpang. Pemandu mendapat pendapatan tambahan dan penumpang mendapat servis yang baik dan profesional daripada pemandu.

Harap artikel ini dapat menjawab persoalan, apa itu uber bagi memberikan lebih gambaran kepada anda untukmemahami konsep uber ini.

The post Apa Itu Uber? Dan Manfaat Kepada Anda appeared first on Myportal21.


via Apa Itu Uber? Dan Manfaat Kepada Anda

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates