Kerja Kosong Kerajaan terbaru di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk jawatan-jawatan di kekosongan seperti berikut
Kekosongan adalah seperti berikut;
1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
(Pelbagai Jabatan di PANS)
(Pelbagai Jabatan di PANS)
Kumpulan Perkhidmatan: -
SOKONGAN
Klasifikasi Perkhidmatan:-
PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Tempoh Percubaan:-
1 HINGGA 3 TAHUN
Syarat-syarat Lantikan:-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
(keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:-
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah dan Operator Wayarles dan Pengawet adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(a) (i) mempunyai kelayakan di para (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Catatan
Tarikh Tutup Permohonan : 13 July 2014


