Wednesday, May 14

Buat Duit Dengan Jual Tudung

Buat Duit Dengan Jual Tudung

Semua kerana tudung, tudung adalah salah satu cara untuk perempuan muslim menutup aurat. Aurat yang menampakkan rambut pastinya. Selari dengan bertambahnya bilangan perempuan Melayu Bertudung, kesedaran Islam yang makin berkembang di kalangan masyarakat, juga perempuan yang baru memeluk Islam, jadi, jualan tudung sangat berkembang dan menjadi peluang untuk menjana pendapatan.

Ayunya si perempuan Melayu bertudung, lagi anggun jika dikenakan dengan fesyen terkini menutup aurat dan bersopan santun.

Ada banyak cara untuk menjual tudung, boleh bermula dengan Dropship, atau borong di 3 tempat borong Tudung dan baju ini, ataupun jahit sendiri tudung anda.

Musim perayaan membuatkan bisnes ini sangat laku dan mendapat tempat terutama jika dijual kepada wanita-wanita berkerjaya. Memang tiada masalah. Tetapi memang memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang berterusan dan tidak mudah berputus asa. Kemudian anda boleh membuat duit dengan menjual tudung.





melayu bertudung

Bagaimana hendak bermula, apa pilihan yang ada?

Jika anda seorang perempuan, memang mudah, anda boleh tahu fesyen terkini, tudung shawl, tudung fareeda, tudung pearl, tudung satin, tudung main dan macam-macam lagi. Cuba bermula dengan modal yang kecil, jika dapat sambutan, kembangkan perniagaan anda.




Susah la macam tu?

Susah ke? Cik Ashila ini sudah berjaya, anda juga boleh mengikut jejak langkah dia. Tak percaya, cuba baca kisah beliau menyingkap Rahsia busines Tudung di SINI

Share This!


2 comments:

  1. kalau pandai jahit sendiri lagi menarik kan..nanti boleh jual secara online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, itulah yang terbaik sekali, pandai jahit sendiri dan jual sendiri

      Delete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates