Thursday, May 22

Cara Memulakan Perniagaan Jual Tudung

 
Anda ingin cuba untuk mendapatkan pendapatan tambahan, siapa yang tidak mahu untuk dapatkan pendapatan tambahan. Pendapatan daripada sumber yang pelbagai untuk membantu di kemudian hari. Salah satu cara yang paling menarik adalah cara memulakan perniagaan jual tudung. Kemuncak jualan tudung adalah semasa raya, pada waktu itu, banyak tempahan akan bermula dengan rancak.
Bagaimana hendak bermula?

Untuk bermula, anda perlulah mempunyai minat berkenaan dengan perniagaan tudung. Perempuan sangat digalakkan kerana orang perempuan mengetahui fesyen terkini tudung yang menjadi "trend" semasa. Corak, saiz dan lain-lain lebih mudah dikuasai perempuan dalam bisnes tudung ini berbanding lelaki.

Apapun, sedikit tips untuk memulakan perniagaan tudung.

Jika anda tiada modal, anda masih boleh memulakan perniagaan tudung anda TANPA MODAL dengan menjadi agen dropship. Banyak butik ataupun kedai online membukan peluang untuk menjadi agen dropship mereka. Apa yang anda perlukan hanyalah berdaftar dengan mereka dan memasarkan produk mereka mengikut kreativiti anda. Dalam bab ini, strategi pemasaran dalam dropship adalah amat penting.

Jika ada modal sedikit, anda masih boleh memulakan perniagaan tudung anda dengan mencari atau mendapatkan supplier di 3 Tempat Borong Terkemuka di Malaysia ini. Modal yang disarankan adalah bawah RM4000, jika ada, anda boleh mendapatkan stok simpanan anda di 3 Tempat Borong Tersebut dan memulakan perniagaan anda.

Jika anda mempunyai modal yang lebih besar, jadikan pasar borong China, Vietnam, dan Indonesia sebagai matlamat tempat borong anda. Tempat-tempat ini menjanjikan harga yang murah dengan syarat anda kena membeli stok yang banyak. Maklumat berkenaan dengan barangan borong di 3 tempat tersebut anda boleh mencarinya di internet, forum dan blog-blog yang berkaitan. Saya pernah mencarinya, maklumat terlalu banyak, jika anda ingin jimatkan masa, anda boleh dapatkan pakej borong ini untuk memudahkan anda.

Jika anda ingin memulakan perniagaan secara online menjual tudung, setelah mendapatkan barang yang anda ingin jual, apa yang anda perlu lakukan adalah;


1. Buka satu Facebook Page anda sendiri dan mula memperomosikan produk anda. Anda boleh invite rakan-rakan anda untuk like facebook anda. Banyak cara untuk menambah bilangan like facebook, terlalu banyak, ada yang berbayar dan ada yang free. Setelah anda membuka laman Facebook Page sendiri, anda boleh memperomosikan, jika tidak larat dengan informasi terlalu banyak, ada cara untuk tingkatkan facebook like di SINI

2. Buka satu blog, terpulang kepada anda untuk blog percuma atau berbayar. Tujuannya, anda boleh mendapat trafik melalui carian dari google. Jika anda sudah anda blog, artikel Cara Untuk Tingkatkan Trafik ini mampu membantu anda.

3. Pergunakan laman sosial lain seperti Twitter, Pinterest juga masuk ke Facebook Group yang popular untuk barangan seperti ini seperti Terbaik EStore, Geng business Cikgu, dan lain-lain lagi.

4. Promosi dan promosi dan promosi. Teruskan promosi, melalui cara berbayar, melalui mulut ke mulut, melalui fb ads, melalui iklan di google, atau boleh juga iklankan di banner di blog seperti iklan ini. Banyak blog menyediakan ruang iklan, anda juga boleh mendapatkan pakej pengiklanan di blog mereka dan juga Pengiklanan di ohkerjakosong4u.

Ini serba sedikit, panduan secara panjang lebar berkenaan dengan perniagaan jual tudung secara offline dan online ada di SINI. Ianya pasti membantu anda yang serious dalam perniagaan tudung dan juga mungkin berminat dengan perniagaan tudung.

Dapatkan Panduan Perniagaan Tudung

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates