Friday, October 24
Temuduga Kerajaan Juruteknik Komputer FT 17
Saban tahun, temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkaitan dengan jawatan Juruteknik Komputer FT 17 sentiasa ada setiap tahun. Jika anda adalah calon yang terlibat dengan dan terpilih untuk mengikuti temuduga tersebut, bolehlah bersedia dengan soalan yang bakal ditanya ketika ditemuduga nanti.
Apapun, anda boleh lakukan semakan untuk penjadualan temuduga di --> SINI
Cabaran dalam bidang IT menanti calon yang layak untuk bertugas dengan jawatan ini. Penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi adalah antara tugas wajib yang perlu dilaksanakan. Jika anda mempunyai minat dan tiada masalah mengendalikan prasarana IT, bolehlah teruskan mencuba sehingga memperolehi jawatan ini.
Kepada calon yang terlibat untuk sesi temuduga Kerajaan Juruteknik Komputer FT 17 pada kali ini, sebagai bonus, saya akan berikan 7 soalan yang sering ditanya ketika temuduga di akhir artikel ini.
Selain daripada 7 soalan yang sering ditanya ketika temuduga, apa yang anda perlu tahu juga adalah mengenai soalan asas berkaitan komputer dan suruhanjaya perkhidmatan awam sendiri.
Antara soalan berkaitan komputer yang sering ditanya ketika temuduga seperti ini adalah;
1) Apa yang anda faham berkenaan dengan rangkaian komputer?
2) Apakah langkah-langkah penyelenggaraan komputer?
3) Apa itu OS dan senaraikan jenis-jenis OS yang anda tahu
dan banyak lagi soalan yang berbentuk seperti ini yang bakal ditanya ketika ditemuduga nanti.
Apaun sebagai maklumat tambahan untuk jawatan ini, syarat kemasukan adalah seperti berikut;
• Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;[ Gaji Permulaan : RM953.00 ] atau
• Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM1,010.77 ] atau
• Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM1,068.89 ] atau
• sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM1,243.24 ] atau
• sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ] dan
• lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Apapun, seperti yang dijanjikan, saya akan berikan 7 contoh soalan yang sering ditanya ketika temuduga kerja kerajaan dengan memberikan email anda di ruangan bawah dan klik temuduga kerajaan.
Saya akan hantar 7 contoh soalan tersebut setelah anda mengesahkan email anda.
Teruskan berusaha untuk jawatan yang diidamkan ramai ini. Semoga berjaya.
Share This!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment