Monday, October 6

Temuduga Kerajaan Pembantu Hal Ehwal Islam

Temuduga Kerajaan Pembantu Hal Ehwal Islam

SPA Telah memaklumkan di dalam laman web mereka, Temuduga Kerajaan berkaitan Pembantu Hal Ehwal Islam akan diadakan tidak lama lagi.

Sesi Peperiksaan Pembantu Hal Ehwal Islam akan diadakan setiap tahun. Rata-rata mempunyai format Temuduga yang lebih kurang sama. Untuk tahun 2014, Temuduga akan diadakan pada 13 Oktober hingga 15 Oktober.

Klik SINI untuk Semakan Jadual Temuduga

Jika nama anda tersebarai sebagai calon Temuduga, tahniah diucapkan, jika tidak, boleh cuba lagi untuk sesi Temuduga Kerajaan  Pembantu Hal Ehwal Islam yang akan datang.

Bagi yang terpilih sebagai calon Temuduga Kerajaan ini, pastikan persediaan fizikal dan mental mencukupi sebelum pergi ke Temuduga. Atau anda boleh dapatkan 7 Soalan yang sering ditanya semasa Temuduga Kerja Kerajaan di akhir artikel ini dengan memberikan email anda. Saya akan berikan 7 soalan tersebut selepas anda mengesahkan email anda.

Jadi apa itu Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17?

Gaji Minimum : RM 927.03
Gaji Maksimum : RM 3,089.68
Kenaikan Gaji Tahunan : 95.00

Syarat Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau

Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] dan

LULUS Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam, adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; atau LULUS Peperiksaan Khas.

Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17


Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

Seperti yang dijanjikan, jika anda berminat untuk mendapatkan 7 Soalan yang sering ditanya ketika Temuduga, boleh berikan email anda di ruangan bawah dan Klik Tips Temuduga. Jangan lupa sahkan email anda. Saya akan berikan tips-tips Temuduga secara berkala terus ke email anda.

E-mail address (Sila Sahkan email anda!)


Share This!


1 comment:

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates