Wednesday, January 15

Seks Tempat Kerja



Antara perkara yang dilarang di tempat kerja adalah melakukan aktiviti yang tidak bermoral di tempat kerja. Mungkin akibat asyik menonton video lucah, terpengaruh dengan rancangan-rancangan dari barat, maka seorang pekerja ingin mengaplikasikan apa yang dia imaginasikan di tempat kerjanya.


Adegan raba-meraba, berciuman, bercerita perihal lucah atau mengambil kesempatan terhadap pekerja perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik dan menggiurkan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Seringkali kita dengar, adegan raba-meraba ini berlaku, tetapi jika tertangkap oleh warga Human Resource, pastinya anda akan segera dibuang kerja!




Jadinya, adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti itu di tempat kerja. Sila pastikan anda tidak mengambil kesempatan terhadap pekerja, rakan-rakan sekerja dan orang bawahan anda. Anda haruslah mengamalkan sikap profesional dalam bekerja, jika anda pekerja atau majikan, sila pastikan;


1. Tempat kerja sangat kondusif
2. Ambil tindakan segera jika terdapat adegan yang tidak senonoh
3. Laporkan kepada pihak berwajib jika anda terlihat adegan-adegan tidak senonoh (walaupun suka-sama suka)


Sama-sama kita menjaga batas dalam agama dan tidak mengambil kesempatan.






Anda mungkin berminat ---> Tips Rumahtangga Bahagia

Share This!


3 comments:

  1. wajib elakkan dan laporkan jika perkara yang samasekali ditengah ni berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan tuan ke blog saya yang tak seberapa ni.

      Delete
  2. @ kakiblog, saya setuju dengan tuan.

    ReplyDelete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates