Monday, April 28

Akauntan Gred W41 : Maklumat Lengkap Jawatan

 
Pegawai Akauntan dengan Gred W41 adalah jawatan Penjawat Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di bawah kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Secara ringkas, fungsi dan tugas pegawai Akauntan W41 adalah mengendalikan pengurusan keseluruhan perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat kerajaan menerusi analisis laporan dan fungsi perbendaharaan. Jika di sektor swasta, tugasnya adalah mengawal selia perakaunan syarikat , audit syarikat dan lain lain lagi.

Anggaran gaji bagi pegawai akauntan adalah minimum RM1925 (tidak termasuk elaun) dan maksimum sehingga RM8685. Pastinya gaji yang lumayan. Tidak termasuk kenaikan yang tinggi setiap tahun dan pelbagai elaun-elaun dan faedah lainnya.

Pastinya satu jawatan yang menarik dan beruntung bari mereka yang bakal mendapat jawatan pegawai akauntan W41 ini.

Syarat Lantikan Pegawai Akauntan W41 adalah;

a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]

b) Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]

c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ]

d) Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia.
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ]

e) lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Bagi calon yang terlibat dengan peperiksaan pegawai akauntan pada 6 Mei ini, jangan lepaskan peluang anda untuk berjaya Jawatan Pegawai Akauntan W41 ini.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates