Jika anda berminat dengan pelaburan saham, ketahuilah pelaburan saham terdiri daripada Technical Analisis dan Fundemantal analisis. Apa itu? Cuba baca artikel Teknikal Analisis dan Fundemantal Analisis dalam pelaburan saham. Jika anda ingin menganalisa pelaburan saham anda, 3 tempat ini adalah tempat untuk menganalisa pelaburan saham yang agak popular di Malaysia. Anda pilih yang mana bersesuaian dengan cita rasa anda. Saya sendiri menggunakan ketiga-tiga platform online ini. Sangat sesuai untuk melabur dalam Bursa Saham Malaysia.
Bagi anda yang ingin membaca terus artikel ini, saya mengharapkan anda sudah mempunyai akaun pelaburan saham masing-masing. Jika belum membuka akaun pelaburan saham lagi, ketahui langkah-langkah membuka akaun pelaburan saham di --> langkah Membuka Akaun Saham. Sebelum pergi lebih lanjut, anda juga perlu tahu beberapa perkara berkenaan dengan pelaburan saham di -> Pelaburan Saham.
Jika anda ingin serious melabur dalam pelaburan saham, anda harus tahu dan kena tahu, sememangnya ada 2 mahzab besar dalam dunia pelaburan saham ini. Jika tidak tahu, berkemungkinan anda menjadi salah satu orang yang akan rugi di dalam pelaburan saham ini. Rugi wang anda, kerana anda bukan melabur, tapi anda berjudi!. Anda nak pilih yang mana itu terpulang, tetapi apa itu fundemantal analisis, apa itu technikal analisis?
Saya Mulakan dengan Fundemantal analisis. Fundemantal Analisis adalah, palaburan saham berdasarkan kepada laporang kewangan syarikat. Laporan kewangan syarikat akan keluar setiap quarter, bermaksud 4 kali setahun. Juga boleh lihat prestasi syarikat pada akhir tahun. Penggemar teknik fundemantal analisis adalah Mr Warran Buffet, salah seorang paling kaya di dunia. Cara pelaburan beliau adalah "long term" melebihi 5 tahun. Satu tempoh yang lama, beliau telah membuktikan yang beliau boleh menjadi kaya dengan pelaburan saham.
Berita baik kepada anda yang mencari pendapatan sampingan di luar sana. Bermula dengan pendapatan sampingan kemudian boleh beralih menjadi pendapatan tetap setiap bulan. Macam mana? Ada banyak caranya, sebenarnya sangat banyak, antaranya adalah dengan melabur dalam Saham. Jika anda pandai melabur saham sendiri, anda tidak perlukan lagi unit trust. Melabur Saham vs Melabur Unit Trust
Sebelum anda membaca lebih lanjut Caj yang dikenakan ketika melabur saham ini, pastikan anda sudah membuka akaun pelaburan saham. Klik untuk langkah membuka akaun pelaburan saham. Baiklah, sememangnya dan sebenarnya, ada caj yang dikenakan ketika hendak melabur dalam saham. Dalam setiap kali transaksi yang berlaku sama ada beli atau pun menjual saham. Ramai yang ingat, transaksi yang berlaku hanya ketika membeli, tetapi ketika menjual pun ada caj yang dikenakan. Jika tidak tahu, keuntungan yang anda rasakan banyak dalam pelaburan saham anda, boleh jadi kecil sahaja. Disebabkan saya menggunakan maybank investment, jadi saya ambil contoh daripada maybank investment, agak berbeza mengikut broker lain.
Jika anda berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan dengan Saham di Bursa Saham Malaysia, langkah pertama yang anda perlukan adalah, anda perlu membuka akaun untuk bermain saham di Bursa Saham Malaysia. Akaun terdiri daripada “Trading account” dan “CDS Account”
Jom kita lihat cara-cara membuka kedua-dua akaun tersebut.
Anda perlulah membuka akaun saham dengan syarikat broker terlebih dahulu, jika anda tidak membuka akaun dengan syarikat broker, ketahuilah yang sesungguhnya anda telah ditipu. ☺(Saya sendiri membuka akaun Trading dan CDS dengan Maybank Investment) Ada banyak stock broker yang anda boleh pilih, antaranya, OSK, RHB Invest, Maybank Investment, Kencana, dan lain-lain lagi, semua boleh didapati di SINI Setiap satu ada pro dan kontra masing-masing, pilih yang mudah untuk anda.
Dah pilih broker yang sesuai untuk anda? Untuk saya, saya sememangnya menggunakan maybank investment.