Bagi anda yang ingin membaca terus artikel ini, saya mengharapkan anda sudah mempunyai akaun pelaburan saham masing-masing. Jika belum membuka akaun pelaburan saham lagi, ketahui langkah-langkah membuka akaun pelaburan saham di --> langkah Membuka Akaun Saham.
Sebelum pergi lebih lanjut, anda juga perlu tahu beberapa perkara berkenaan dengan pelaburan saham di -> Pelaburan Saham.
Jika anda ingin melabur dalam pelaburan saham patuh syariah, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah, Pergi ke laman Utama bursa saham Malaysia. Listed Companies...

Anda boleh membuat pilihan, jika anda ingin melabur dalam "main market" atau "ACE Market" Terpulang kepada anda.
Bagaimana hendak mengetahui sesuatu saham itu patuh syariah, saham yang ada huruf [S] di akhir nama syarikat adalah Patuh Syariah ye. Sebagai contoh, ketika artikel ini ditulis, saham Air Asia adalah tidak patuh syariah manakala Air Asia X adalah patuh syariah, rujuk bawah.
Kebanyakan saham perbankan adalah tidak patuh syariah.
Buka akaun pelaburan saham pun sudah, cara nak pilih saham patuh syariah pun sudah tahu, cuma tinggal anda perlulah melakukan sesuatu. Bagaimana menilai syarikat yang berpotensi itu, anda haruslah belajar melalui pembacaan yang berterusan. Salah satu sumber pembacaan yang mudah, saya sangat rekemen anda Panduan Pelaburan Saham ini. Mudah, ringkas dan boleh membuatkan anda untung besar dalam pelaburan hartanah.
Dengan modal yang sangat sedikit ini membolehkan anda membuat keuntungan berganda-ganda pada masa akan datang.
Selamat melabur dalam saham ye.



No comments:
Post a Comment