Wednesday, May 7

Langkah Buka Akaun Saham Bursa Saham Malaysia


Langkah Buka Akaun Saham Bursa Saham Malaysia

Jika anda berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan dengan Saham di Bursa Saham Malaysia, langkah pertama yang anda perlukan adalah, anda perlu membuka akaun untuk bermain saham di Bursa Saham Malaysia. Akaun terdiri daripada “Trading account” dan “CDS Account”

Jom kita lihat cara-cara membuka kedua-dua akaun tersebut.

Anda perlulah membuka akaun saham dengan syarikat broker terlebih dahulu, jika anda tidak membuka akaun dengan syarikat broker, ketahuilah yang sesungguhnya anda telah ditipu. ☺(Saya sendiri membuka akaun Trading dan CDS dengan Maybank Investment) Ada banyak stock broker yang anda boleh pilih, antaranya, OSK, RHB Invest, Maybank Investment, Kencana, dan lain-lain lagi, semua boleh didapati di SINI Setiap satu ada pro dan kontra masing-masing, pilih yang mudah untuk anda.

Dah pilih broker yang sesuai untuk anda? Untuk saya, saya sememangnya menggunakan maybank investment.


Anda juga perlu membayar RM10 untuk membuka CDS akaun.

Sesudah memilih broker yang sesuai, anda dikehendaki memilih sama ada akaun normal atau nominee. Apa beza antara 2 akaun tu? Akaun nominee tidak membolehkan anda untuk melabur dalam IPO manakala akaun Normal, anda boleh melabur dalam IPO.

Kemudian, semasa dalam proses Membuka Akaun Saham anda perlulah memilih untuk membuka cash akaun atau contra akaun. Untuk cash akaun, anda hanya melabur menggunakan duit anda sendiri, tetapi, kontra akaun anda boleh melabur sehingga 3 kali ganda duit di dalam akaun anda. Contoh untuk kontra akaun, sekirangan anda mempunyai rm5000, anda boleh melabur saham sehingga rm15000. Banyak kan. Anda pilih sahaja yang mana satu.

Kemudian pilih lagi untuk membeli saham secara online atau offline. Perlu diingatkan, caj untuk transaksi online adalah lebih murah berbanding offline.

Pengalaman saya di Maybank Invest, anda perlu menunggu 5 hari bekerja untuk mula melabur dalam saham. Selepas itu anda boleh membeli syarikat yang anda suka dan terpulang kepada anda , juga bagaimana corak pelaburan anda. Sebagai permulaan, saya sangat sarankan ebook Panduan Melabur Saham ini untuk mereka yang baru nak bermula. Ada saham durian runtuh untuk anda di Bursa Saham tu.



Selamat melabur dalam saham, jika ada soalan boleh komen, saya cuba jawab apa yang termampu.

Jika anda ingin mendapatkan tips pelaburan saham terus ke email anda, boleh subscribe di bawah.

E-mail address (Berikan email anda untuk Tips Percuma Saham!)





Share This!


1 comment:

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates